CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 501|Reply: 2

Trend Kongsi Ibadat Di Media Sosial, Sambil Tawaf Pun Nak Buat Live

[Copy link]
Post time 3-7-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Ibadah haji bukan sekadar ritual agama yang dilakukan pada bulan Zulhijjah, pelaksanaannya bertujuan untuk menyelami pengorbanan Nabi Ibrahim (AS) kepada Allah SWT di samping melatih umat Islam untuk menjadi lebih merendah diri, berdisiplin serta berakhlak baik.


Namun, sejak kebelakangan ini, ramai yang gemar berkongsi tentang ibadah yang dilakukan di media sosial terutama sekali ketika melakukan tawaf.






Malah baru-baru ini tular rakaman video seorang wanita sedang menari di Makkah untuk membuat 'content' media sosial.


Situasi semasa ini bukan sekadar merosakkan imej Islam malah turut mencemarkan tanah suci yang merupakan kiblat penganutnya.


Seorang individu membangkitkan persoalan ini selepas menyedari situasi tersebut menjadi kebimbangan masyarakat, justeru Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerangkan hukumnya dengan lebih terperinci.


"Apakah hukum menunaikan tawaf sambil melakukan live Facebook atau IG?" dia bertanya.


Gambar Hiasan: mStar




Jawapan


Menerusi kenyataan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, mereka berpendapat melakukan aksi seperti di atas adalah dibolehkan tetapi sebaiknya ditinggalkan.


Ini kerana tawaf dan juga sa’ie termasuk dalam ibadat yang sepatutnya ditumpukan dalam acara ibadat seperti berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi SAW dan tawajjuh hati kepada Allah SWT.


Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tawaf mengelilingi Kaabah seperti solat, hanya saja kamu (boleh) bercakap dalam tawaf. Barangsiapa berkata tatkala tawaf hendaklah mengucapkan ucapan yang baik.” Riwayat al-Tirmizi (960)


Hal ini diperkukuhkan lagi oleh pendapat kebanyakan ahli ilmu, antaranya:


Kata Imam al-Tirmizi: “Dan yang beramal atas perkara ini di sisi kebanyakan ulama. Justeru mereka berpendapat bahawa sunat seseorang yang sedang melakukan tawaf supaya tidak bercakap kecuali kerana keperluan atau kerana zikir kepada Allah atau kerana ilmu.” (Lihat Sunan al-Tirmizi, 2/285)


Perlakuan badan yang menjaga tata susila serta adab ketika tawaf dengan memenuhi syarat serta hati yang sentiasa kehambaan dan tawaduk kepada Allah hendaklah diwujudkan ketika tawaf atau sa’ie.


Justeru, marilah sama-sama kita menginsafi diri terutamanya ketika beribadat kepada Allah SWT seperti tawaf dan sa’ie ini. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 02:04 PM | Show all posts
Tak fikir yg berswafoto itu ialah tatkala bertawaf kerana megalihkan bahu drp kiblat bleh membatalkan pusingan. Mereka berswafoto tu mungkin mengambil pusingan ke delapan yg membolehkan mereka beraksi di depa Ka'abah.  Nak berswafoto tu pun simpanlah dlm album sendiri tak perlu tayang2kan untuk tontonan ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 08:40 AM | Show all posts
.gituuuu msdibg2 pastinya nak tnjuk terrrrpaling makkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.092096 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list