View: 1369|Reply: 25
|
'Ada Kelompok Kecil Petugas Imigresen Masih Selesa Dengan Amalan Lama' - Anwar
[Copy link]
|
|
Putrajaya: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan masih ada kelompok kecil dalam Jabatan Imigresen yang masih selesa dengan sistem dan amalan lama sehingga boleh mengaitkan mereka dengan pelakuan rasuah.
Perdana Menteri berkata, kerana itu tindakan segera dan keras harus diambil terhadap kelompok terbabit yang menjejaskan imej jabatan, penjawat awam dan negara.
Beliau berkata, lawatan mengejut beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam adalah bertujuan untuk mengangkat martabat dan integriti Jabatan Imigresen yang ketika ini berdepan dengan kritikan umum.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kanan) menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri hari ini.
Beliau berkata, pegawai atasan harus turun ke bawah bagi perbaiki keadaan, bukan cari salah atau mengecam.
"Semalam sebelum sambut kepulangan Agong, saya sempat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kerana ada sedikit sebanyak 'keributan' kecil.
"Tentunya saya lihat, umpamanya semua kaunter Imigresen berfungsi, maknanya majoriti kakitangan Imigresen menjalankan tugas dengan baik tetapi seperti mana juga kita sedar dan sering saya tegaskan ada kumpulan kecil yang masih biasa dengan sistem dan amalan lama.
"Selalu kita sebut kerana nila setitik rosak sebelanga, saya pergi (KLIA) untuk beri jaminan bahawa sebenarnya tidak wajar kita beri gambaran dan persepsi secara umum bahawa ada kerosakan dalam Imigresen," katanya.
"Saya percaya itu bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang harus bertindak.
"Nak beri satu makluman, semalam saya terima mungkin masih dalam siasatan di Jabatan Pendaftaran. Kita permudahkan orang yang layak mendapat status kewarganegaraan dan sebagainya untuk mendapatkan sijil itu dikenakan lagi bayaran. Tapi jumlahnya terlalu kecil, harus ada tindakan yang keras dan tegas, kalau tidak dia merosakkan seluruh imej pentadbiran," katanya pada Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, berdasarkan pemerhatian dan tinjauannya, beliau melihat KLIA berfungsi dengan baik begitu juga kaunter Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Cuma saya lihat umpamanya mesin pengimbas Kastam di tempat kemasukan, ada tujuh tapi hanya satu berfungsi.
"Saya Menteri Kewangan dan JKDM bawah saya, tapi takkanlah nak tunggu menteri turun baru tahu rosak, ini ada kelemahan dari segi maklumat kerana kalau belanjanya hanya sekitar beberapa juta, kita boleh luluskan segera.
"Saya percaya SPRM tidak akan menyiasat kalau diluluskan segera kerana keadaan itu mendesak. Bayangkan saya dimaklum scanner itu rosak sejak tahun lalu.
"Jadi hal begini adakah nak salahkan pegawai di situ, mungkin dia lapor tapi ada sedikit kelemahan yang harus perbaiki, kerana kita mahu (beri) perkhidmatan terbaik," katanya.
Anwar berkata, beliau bagaimanapun merasakan tidak wajar untuk meletakkan kesalahan terhadap Kastam atas kelemahan yang berlaku.
"Apakah dengan kelemahan ini saya boleh secara umum menyerang kelemahan Kastam, saya tidak fikir wajar, kerana secara umumnya fungsinya baik.
"Tapi hal ini tidak boleh kita mungkiri kebenarannya, sebab itu kita kadang-kadang yang di atas harus turun dan terjun ke bawah untuk melihat sendiri kerana tidak boleh buat andaian semuanya baik.
"Tapi mestilah tujuannya baik untuk perbaiki, bukan sekadar mencari salah ataupun mengecam apalagi kalau diberi gambaran umum," katanya.
Perdana Menteri berkata, usaha bersama keseluruhan rakyat diperlukan dalam mengangkat darjat dan martabat negara.
"Saya tahu tidak mudah seperti mana kita lazim faham dalam politik ada pembenturan idea dan persaingan kuasa. Penjawat awam dan barisan pimpinan Jemaah Menteri bertekad untuk melaksanakan dengan sedaya upaya perubahan.
"Tapi saya faham perubahan ini ambil masa, saya juga ditegur kerana sedikit keras, kurang sabar tetapi bagi rakyat yang susah menderita dengan sistem yang sudah bobrok, tidak fikir kita harus tunggu terlalu lama," katanya.
Semalam dalam lawatan mengejut ke KLIA, Anwar memberi jaminan siasatan rapi akan dibuat terhadap isu membabitkan kakitangan Imigresen di KLIA khususnya dakwaan wujud salah laku dan amalan rasuah.
Perdana Menteri berkata, secara umumnya, penugasan kakitangan jabatan imigresen itu di pintu masuk utama negara itu berjalan dengan baik dan agensi itu juga memberi respon sangat baik dan positif, terutama terkait perkara berbangkit sejak beberapa hari lalu ini.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by adizero11 at 3-7-2023 11:41 AM
Menteri2 xleh kena tegur ke zmn Madani ni?? semua benda nak tunding jari dan kesalahan kpd penjawat awam..memang ada sekelompok kecil pnjawat awam yg mngamalkan rasuah, buatlah laporan dan siasatan SPRM..cuma rakyat pelik, kes yg terang2 mengaibkan Menteri beria jer nak backup masing2..umpama menteri jaga menteri..bukan menteri jaga rakyat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kelapaparut at 3-7-2023 11:50 AM
imegresen sombong ye, menteri tegur pun masih nak kekwat lg siap buat laporan polis lg kat menteri. Sekurang2nye menteri sanggup turun padang, br tau dr 7 mesin pengimbas kat KLIA 1 je bfungsi, patutla line panjang. kne menteri spot check br imegresen keje btul2. kite rakyat biase ni hadapla dgn pjawat awam yg malas dan kaki rasuah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian nye kt staf imi d epot tuh,
sebelum ni ada insiden dengn top managemant, now kena pulak dgn menteri.
bertabahlah. |
|
|
|
|
|
|
|
kelapaparut replied at 3-7-2023 11:49 AM
imegresen sombong ye, menteri tegur pun masih nak kekwat lg siap buat laporan polis lg kat menteri. ...
Harap bos besar imigresen lebih cakna ye...
Nak dpt masuk imigresen pun susah..jgn tersalah pilih ye...
Tiba tiba teringkat kes ex CM Sabah..lepas sampai ke overseas tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Turun padang selamatkan warga negara lain yg terang2 langgar protokol kemasukan ke negara Malaysia demi kepentingan sesuatu pihak tanpa ikut peraturan yg betul?? Lagipun Menteri yang turun bukan menteri yg berkaitan dengan Jabatan Imigresen..laporan yg dibuat pun sbb nk lindungi peraturan dan pertahankan SOP kerja sedia ada yg betul..bukan sja2 buat report..kelapaparut: Edited by kelapaparut at 3-7-2023 11:50 AM imegresen sombong ye, menteri tegur pun masih nak kekwat lg siap buat laporan polis lg kat menteri. Seku ...
|
|
|
|
|
|
|
|
adizero11 replied at 3-7-2023 12:04 PM
Turun padang selamatkan warga negara lain yg terang2 langgar protokol kemasukan ke negara Malaysia d ...
Aku setuju je menteri turun padang tanpa protokol. Tp bukan jd samseng...ni terang2 sbb nk "selamatkan" sorg prc.
Kalau anthony loke tu baru lah nmnya turun padang. Ikut skop kerja lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri punya la ramai kerja mcm tahun 80an |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by scorpionkiki at 3-7-2023 12:15 PM
Sedihnya i...kepentingan negara diperkotak katikan kerana nak kuasa |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau JIM or pegawai JIM yg tak nak allow pelancong tu atas justifikasi yg betul, kenapa dia tak boleh buat laporan polis utk lindungi diri dia atas tuduhan tak berasas? Sian penjawat awam selalu dipergunakan oleh politicians & menteri2 utk kepentingan masing2. Kalau tak nak ikut arahan sebab nak follow peraturan, pegawai pula kene tukar department lain. |
|
|
|
|
|
|
|
apa kena mengena mesin kastam dengan imigresen?
|
|
|
|
|
|
|
|
Madanon ni dia ngan kabinet dia semua maksum. Untouchables |
|
|
|
|
|
|
|
Baca berita katanya pelancong china tu msk tanpa tiket pulang...tu pasai kena tahan...betul ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Jaja tata kelola lebih la pmx ni… tapi menteri sendiri tata kelola hauk.. |
|
|
|
|
|
|
|
bila la semua nak sedar ni betapa politicians ni semua corrupted! nak kuasa je maruah negara no hal..apa pun boleh adjust. sedihnya tgk negaraku ni |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 3-7-2023 06:00 PM
Ngaku ajelah yg imigresen msia mmg hauk jadi lubuk rasuah pun selama ni..kalau tak takde la berjuta PATI haram senang2 dok ada dlm Msia skrg ni...kalau immi betul2 wat kerja takde rasuah, msia akn jadi mcm Singapo,takde PATI..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ada baca laporan pegawai JIM, apa yg dibuat berdasarkan peraturan yg ada. Pelancong PRC tu takde tiket flight balik.
Aku pegi UK, Indonesia kat kaunter imigresen kena tunjuk tiket balik yang sudah dibeli awal. Jadi memang datang dan nak balik lepas tu. Imigresen mmg sangat cakna, ko takde tiket, nak menetap kat malaysia ke, jual apam ke jadi GRO.
Yg si PRC ni cakap English pun tak lepas. Itu yg pegawai JIM buat dan rujuk pada pegawai atasan dia..mmg dah keluar borang Tak Lulus masuk Malaysia.
Tiber ada pulak level Menteri datang, buat marah2 dan buat tuduhan rasuah. Bukti menteri mana dia. |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 3-7-2023 04:26 PM
Ngaku ajelah yg imigresen msia mmg hauk kaki rasuah pun selama ni..kalau tak takde la berjuta PATI s ...
Kes ahso(yg kecoh ni)..ada ke tak(rasuah)...boleh tunjuk bukti x ??? |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 3-7-2023 05:52 PM
Kes ahso(yg kecoh ni)..ada ke tak(rasuah)...boleh tunjuk bukti x ???
Kau ni bodoh ke atau buat2 bodoh??..kan sprm tgh siasat tu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 3-7-2023 07:36 PM
tripleid replied at 3-7-2023 06:02 PM
Kau ni bodoh ke atau buat2 bodoh??..kan sprm tgh siasat tu
tak mai sprm pung..ni kata siasat....bukn tripleid kalo tak pembelit... |
|
|
|
|
|
|
| |
|