CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 146|Reply: 0

[Terengganu] Tawar tandas percuma untuk pemandu tersangkut kesesakan

[Copy link]
Post time 3-7-2023 11:02 AM | Show all posts |Read mode

RUMAH Sakarnor di Kampung Saujana, Setiu dipenuhi dengan orang ramai yang singgah untuk melepaskan hajat. FOTO Ihsan Nik Norkatijah Mohd Razak/Muhammad Hafiz Sakarnor

Setiu: "Niat kami sekeluarga cuma nak bantu kerana kasihan lihat mereka terperangkap dalam kesesakan untuk pulang ke rumah terutama yang ada anak kecil," kata Muhammad Hafiz Sakarnor.

Muhammad Hafiz, 30, adalah anak kepada pesara syarikat utiliti, Sakarnor Yunus, 57, juga pemilik sebuah rumah di Kampung Saujana, di sini yang bermurah hati menawarkan kemudahan tandas percuma kepada pengguna jalan raya yang tersangkut dalam kesesakan, malam semalam.

Difahamkan, pengguna terbabit dalam perjalanan pulang dari kampung halaman ke rumah mereka selepas meraikan sambutan Aidiladha dengan keluarga tercinta.

Kisah itu mendapat perhatian netizen selepas dikongsikan Nik Norkatijah Mohd Razak, 32, iaitu salah seorang yang singgah di rumah Sakarnor.

Muhammad Hafiz berkata, dia sekeluarga menyedari hadapan rumahnya sesak kenderaan bermula jam 7 petang semalam.

Menyedari ada pengguna yang mahu 'melepaskan hajat' selepas tersangkut lama dalam kenderaan menyebabkan mereka sekeluarga terpanggil untuk membantu.

"Mulanya ada seorang pengguna saja singgah ke rumah untuk bertanya di mana surau terdekat jadi saya tunjukkan jalan dan ikutkan dekat cuma boleh jadi berjam lamanya kerana kesesakan lalu lintas.

"Jadi, saya pun tawarkan tandas dan melihat kesesakan jalan yang teruk, saya pun ambil potongan kotak dan tulis di atasnya perkataan 'tandas percuma, masuk je' supaya orang lain boleh singgah tanpa segan silu.

"Sebelum itu, saya sudah tanya dengan emak dan ayah dulu dan mereka okay saja jadi sejak Maghrib hingga 11 malam orang bersilih ganti datang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, selain beri kemudahan tandas, dia sekeluarga ada juga sediakan ruang untuk mereka yang mahu singgah menunaikan solat.

"Dalam ramai yang datang, ada yang beri duit dan walaupun sudah tolak namun mereka tetap nak bagi kerana niat sedekah.

"Ada juga yang minta nak sewa bilik kerana nak balik keesokannya dan kebetulan ada satu bilik kosong jadi kami memberinya bermalam.

"Tak sangka pula boleh tular kerana setakat bantu apa yang termampu malah tak pernah nampak jalan depan rumah sesak macam itu sekali.

"Difahamkan, kesesakan teruk itu terjadi kerana mereka mengikut laluan pintas berpandukan aplikasi navigasi," katanya.

Sementara itu, Nik Norkatijah, 32, berkata, niatnya berkongsi hantaran di Facebook (Fb) sekadar tanda penghargaan buat Sakarnor kerana memudahkan urusannya dan pengguna jalan raya lain.

Katanya, pertolongan diberi itu sangat besar maknanya buat pengguna yang terperangkap lama dalam kesesakan lalu lintas.

"Saya, suami, ibu mentua dan tiga anak dalam perjalanan pulang dari Kuala Besut ke Kuala Terengganu semalam.

"Sepatutnya kami boleh sampai ke destinasi dalam tempoh sejam setengah saja tetapi tersangkut lama kerana jalan sesak.

"Dalam kesesakan itu, saya ternampak rumah berkenaan dan nampak ramai singgah, ingatkan jual apa rupanya kerana ada kemudahan tandas percuma.

"Jadi, kami pun singgah dan rezeki kami agaknya jumpa tuan rumah baik seperti mereka kerana nampak mereka beri layanan baik kepada semua yang datang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ersangkut-kesesakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.803012 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list