CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 291|Reply: 0

Verstappen belum fikir juara dunia kali ketiga

[Copy link]
Post time 3-7-2023 10:49 AM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN menjulang trofi selepas memenangi GP Austria buat kali keempat berturut-turut, malam tadi. FOTO AFP

Spielberg, Austria: Juara bertahan, Max Verstappen mengukuhkan impian muncul juara dunia Formula Satu (F1) kali ketiga apabila memenangi Grand Prix (GP) Austria dengan penuh bergaya, malam tadi.

Pemandu Belanda berusia 25 tahun itu menamatkan perlumbaan 5.155 saat di depan Charles Leclerc dari Ferrari manakala rakan sepasukannya di Red Bull, Sergio Perez mempamerkan semangat perjuangan tinggi apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, selepas bermula di petak ke-15.

"Kereta ini memang laju," kata Verstappen selepas kemenangan ke-42 dalam kariernya itu.

Sekalipun peluangnya muncul juara dunia kali ketiga nampak semakin cerah, Verstappen berkata, dia lebih memilih dan fokus kepada satu perlumbaan dalam satu masa.

"Setakat ini, saya belum terfikir mengenainya (juara dunia kali ketiga)," katanya.

"Saya menikmati pemanduan kereta ini dan berlumba untuk pasukan. Pecutan pada hujung minggu memang stres, jadi saya gembira semuanya berjalan mengikut perancangan."

Kemenangan itu meletakkannya di tangga kelima dalam senarai pemenang sepanjang zaman dan mengatasi mendiang Ayrton Senna, yang merangkul 41 kejuaraan sepanjang kariernya.

Termasuk kemenangan di GP Styrian pada 2022 yang diadakan ketika pandemik Covid-19, ia adalah kemenangan kelima Verstappen di sirkit Red Bull Ring secara keseluruhan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-dunia-kali-ketiga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.190741 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list