View: 557|Reply: 6
|
Berang Rumah Pelanggan Jauh Sangat, Pekerja Grabfood Baling Makanan Depan Rumah
[Copy link]
|
|
SINGAPURA – Seorang lelaki berang selepas seorang pekerja GrabFood dikatakan melempar makanan yang dipesan sehingga bersepah di atas lantai kerana lokasi penghantaran terlalu jauh.
Mothership melaorkan, Asher Ashwin berkongsi tangkap layar mesej perbualan bersama penghantar makanan itu setelah memesan hidangan McDonald’s daripada pasar raya NEX.
Ketika menunggu pesanan, penghantar makanan itu menghubunginya dan memberitahu bahawa restoran McDonald’s cawangan Potong Pasir adalah lebih dekat dengan rumahnya.
 Foto: Kosmo
Penghantar makanan itu berkata, cawangan McDonald’s pasar raya itu menyediakan pesanan terlalu perlahan kerana dibanjiri pelanggan dan penghantar makanan lain.
Apabila Asher mencadangkan untuk membatalkan pesanan, pemandu itu berkata, dia tiada masalah dengan lokasi pengambilan makanan, namun rumah Asher terlalu jauh.
Apabila dihantar, Asher terkejut apabila melihat makanannya dilempar ke atas kabinet di luar rumahnya.
Dalam video lain, Asher menunjukkan tahap kerosakan dengan minuman kurang separuh, kentang goreng berselerak di atas lantai dan beg makanan semuanya koyak dan pecah.
Dalam pada itu, Asher memaklumkan bahawa syarikat Grab telah meminta maaf dan membawa isu itu kepada pihak atasan. Pekerja itu kemudian digantung bekerja dengan Grab selepas siasatan menyeluruh dilakukan. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
mentaliti rakyat negara maju..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
semalam cari author dah buka thread ni..
hari ni cari mro pulak..
apa reputs cari ni asal capai sehari 100 artikel ke?
sama sendiri pun takde meeting cover topic apa ye..
kelas tersendiri sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 3-7-2023 12:50 PM
semalam cari author dah buka thread ni..
hari ni cari mro pulak..
apa reputs cari ni asal capai seha ...
Dah skrg ni apa je topik pun blh bukak kat ci nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
itu la.. janji capai kpi 100 artikel sehari 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|