CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 887|Reply: 6

Lembu Berharga RM20 Juta

[Copy link]
Post time 2-7-2023 09:25 PM | Show all posts |Read mode
Brasilia: Seekor lembu putih gergasi bernama Viatina-19 FIV Mara Imoveis, dijual pada harga AS$4.3 juta (kira-kira RM20 juta) dalam satu lelongan di Arandu, Brazil.


Newsweek melaporkan, lembu baka Nelore berusia empat tahun setengah yang dijual Agropecuaria Casa Branca kepada Nelore HRO dengan harga tertinggi itu menjadikannya lembu paling mahal di dunia.


Harga satu pertiga daripada lembu itu sahaja dijual dengan nilai AS$1.44 juta (kira-kira RM6.5 juta).






Penjualan Viatina-19 FIV Mara Imoveis itu menandakan nilai sebenar Nelore baka tulen di Brazil dan ia jelas menunjukkan berapa banyak yang sanggup dibayar oleh sesetengah orang untuk spesimen kualiti genetik yang tinggi.


Harga tinggi itu juga akan merentasi pasaran lembu antarabangsa, menonjolkan nilai baka dan mengukuhkan reputasinya di seluruh dunia.


Lembu Nelore adalah baka bercirikan bulu putih terang dengan bonggol yang berbeza di atas bahunya.


Menurut Oklahoma State University, lembu Nelore secara semula jadi mempunyai daya tahan tinggi terhadap suhu lebih panas berikutan kulitnya yang longgar, berjuntai dan memiliki kelenjar peluh dua kali lebih besar serta 30 peratus lebih banyak daripada kebanyakan baka haiwan itu di Eropah.


Baka itu berasal dari India dan dinamakan sempena daerah India Nellore di negeri Andhra Pradesh.


Ia kini satu daripada baka lembu yang paling penting di Brazil disebabkan keupayaannya untuk membesar dengan makanan ternakan berkualiti rendah, pada masa sama memiliki kecekapan metabolisme.


Nelore juga mudah membiak, kerana lembu betina mempunyai keluasan bukaan pelvis dan saluran kelahiran yang lebih besar, manakala bagi anak lembu memerlukan hanya sedikit interaksi dengan manusia untuk berjaya membesar hingga dewasa.


Ketahanannya terhadap beberapa jangkitan parasit kerana tekstur kulitnya yang padat menjadikannya lebih sukar untuk serangga penghisap darah untuk menembusi.


Harganya yang tinggi adalah hasil daripada ciri-ciri yang menguntungkan ini, dengan baka dibiakkan secara selektif untuk menguatkan ciri-ciri ini menggunakan permanian inseminasi.


Jualan air mani Nelore mewakili 65 peratus daripada jumlah pasaran inseminasi buatan lembu di Brazil, dan menurut laporan Guardian dari 2018, sperma daripada lembu jantan elit paling berharga mungkin berharga AS$5,000 (kira-kira RM23,332) setiap dos 0.55 mililiter.


Terdapat kira-kira 167,000,000 lembu Nelore di Brazil, merangkumi 80 peratus daripada jumlah keseluruhan lembu di seluruh negara itu.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2023 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni ke baka lembu yang kapel terpaling korbankan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 10:40 PM | Show all posts
kalau compare dengan pokok belakang tu, dah kira giant dah lembu tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kategori hensem lembu ni. Mesti jadi dambaan lembu betina kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wagyu A5 miyazaki tersenyum sinis..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kambing kt malaysia pun ada harga mahal. Jenis buat competition. Buat daging pun boleh

Ada rezeki nk ternak kambing tu sebab kambing perap tu xsedap. Xrasa kambing.

Bela ternak kambing pun sunnah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2023 10:19 AM | Show all posts
mahal2 rege lembu nih nk buat apa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.115698 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list