CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 569|Reply: 3

Keluar 'Dating' Tiba-Tiba Bakal BF Lesap, Beg Tangan Dalam Kereta Kena Angkut Sekali

  [Copy link]
Post time 2-7-2023 04:04 PM | Show all posts |Read mode
Seorang gadis mengadu ditinggalkan secara mengejut oleh lelaki yang dikenalinya melalui aplikasi mencari jodoh (dating app), baru-baru ini.


Bagaimanapun kes itu sudah diselesaikan dengan baik dan ia diminta supaya dijadikan pengajaran kepada wanita di luar sana.


Gambar hiasan




"Saya kenal secara online dengan seorang lelaki ini, saya keluar dating naik kereta dia. Tiba-tiba dia hilang macam tu je dengan barang peribadi saya masih dalam kereta dia.


"Namun saya nak ucapkan terima kasih banyak dekat ayah dia sebab sudi beri kerjasama. Dah dapat semula barang saya. Ini satu pengajaran untuk saya. Jangan sesekali percaya dengan lelaki dekat dating app.


"Jangan jadi pendek akal macam saya. Jangan pernah berani keluar waktu malam dengan lelaki yang kita baru kenal, tolong jangan," tulis wanita itu insaf.


Perkongsian wanita itu di Twitter menarik perhatian ramai termasuk seorang lelaki yang mengimbas memori lama dan mendakwa dia pernah melihat kejadian yang serupa tetapi malangnya ia berakhir dengan tragedi.






"Kaum lelaki, tolong la bertanggungjawab kalau bawa perempuan keluar. Pastikan hantar mereka pulang dengan selamat. Ketika saya masih remaja, ada seorang gadis ni ditinggalkan di tepi jalan oleh teman lelakinya pada waktu malam.


"Dia merayu untuk tidak ditinggalkan di situ tetapi permintaannya tidak diendahkan dan dia dibiarkan begitu sahaja dalam kegelapan malam. Dia akhirnya diculik, dirogol, dibunuh dan badannya dikerat untuk dibakar.


"Mangsa hanya berumur 16 tahun, dia merupakan pelajar sekolah di kawasan perumahan saya. Kejadian pada tahun 2011 di Masai, Johor. Seluruh kejiranan saya trauma sehingga ke hari ini.


"ada tahun 2015 suspek itu dah dapat hukuman mati yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, syukur," kata lelaki itu.


Kejadian yang dikongsikan lelaki berkenaan dipercayai merujuk kepada jenayah pembunuhan kejam didalangi seorang pengawal keselamatan bersama rakannya di sebuah ladang kelapa sawit.


Warga maya lain pula mengatakan tidak manis untuk membawa keluar wanita sehingga ke lewat malam.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2023 05:50 PM | Show all posts
tak kisah la baru kenal ke, dah kenal lama ke, jangan sesekali tinggalkan barang berharga terutamanya handbag dalam kereta orang…  ni nasib dapat balik…  kalau tak, menangis la ko…
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani betul pompuan tu... Mcm x kisah kena ngappp jer...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 02:07 AM | Show all posts
berani yerr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.057655 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list