CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 254|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan akan diteliti

[Copy link]
Post time 1-7-2023 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan akan diteliti

01 Julai 2023    09:18pm





Ramkarpal - Foto Bernama




GEORGE TOWN - Kerajaan akan meneliti peraturan dalaman untuk menangani isu kod pemakaian yang ditetapkan kepada orang ramai ketika berurusan di pejabat kerajaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh.

Beliau berkata, kerajaan perlu meneliti perkara itu dengan serius kerana ia boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Kerajaan juga harus melihat cara untuk mengawal selia etika berpakaian supaya ia seragam bagi mengelak percanggahan di negeri yang berbeza,” katanya kepada pemberita, di sini, pada Sabtu.

Baru-baru ini, dilaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB) mengenakan kompaun terhadap seorang peniaga wanita bukan Islam kerana memakai seluar pendek hingga pangkal paha di premis perniagaanya.

Bagaimanapun, MPKB bersetuju membatalkan kompaun terhadap wanita berusia 35 tahun itu selepas sesi perbincangan diadakan bersama Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali.

Sementara itu, dilaporkan seorang anggota Jabatan Sukarelawan (Rela) bertugas di pejabat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pulau Pinang didakwa cuba menghalang seorang wanita bukan Islam memakai skirt daripada memasuki pejabat tersebut, Rabu lalu. - Bernama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.114566 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list