CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

LUAS Kawal Sisa Kebakaran Elak Mengalir Ke Sungai Langat

[Copy link]
Post time 1-7-2023 07:50 PM | Show all posts |Read mode
Shah Alam: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) masih meneruskan kawalan dan pemantauan di lokasi beberapa kilang di Pusat Perindustrian Budiman, Kajang, yang terbakar semalam bagi memastikan aliran sisa kebakaran dapat dikawal sepenuhnya.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Hee Loy Sian berkata, kebakaran kira-kira 10 premis itu menyebabkan sisa kebakaran memasuki saliran perparitan seterusnya ke Sungai Langat.


Hee berkata, siasatan mendapati anggaran jarak insiden terbabit ke loji rawatan air (LRA) terhampir iaitu LRA Batu 11, Cheras adalah 400 meter.


PIHAK LUAS melakukan kerja mengawal dan mencegah sisa kebakaran bagi tujuan nyah bau. FOTO Ihsan LUAS




"ensampelan LUAS di Sungai Langat juga mengesan bau sebanyak dua ton dan pihak Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dimaklumkan segera.


"enyaluran air mentah ke muka sauk LRA Batu 11, Cheras terpaksa ditutup selama tiga jam bermula 3 petang semalam untuk pencegahan impak yang lebih teruk kepada operasi loji.


"Hasil pencegahan segera ini, penyaluran air mentah ke LRA berkenaan dengan kapasiti 27 juta liter sehari (JLH) dan kemampuan bekalan kepada anggaran 8,779 akaun di sekitar 30 kawasan Cheras dan Balakong dapat beroperasi semula pada 6 petang setelah bacaan bau 0 ton direkodkan 3 kali berturut," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, tindakan pencegahan dilaksanakan dengan menyekat dan menakung aliran persekitaran itu menggunakan 13 beg Activated Carbon (AC) di dalam 'sump' bagi tujuan nyah bau sebelum aliran mengalir sehingga ke Sungai Langat.


Katanya, LUAS juga melantik kontraktor panel untuk segera melaksanakan kerja kawalan persekitaran dan penyedutan air sisa pemadaman di longkang sekitar kawasan kebakaran.


"Kerja-kerja berkenaan siap sepenuhnya pada 10.30 malam tadi.


"ada masa sama, pemantauan dan pensampelan LUAS pada kekerapan setiap 30 minit di beberapa lokasi berpotensi di Sungai Langat termasuk pemantauan statik di jambatan Teras Jernang juga sedang giat dilaksanakan," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.176894 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list