CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

Bursa Malaysia catat peningkatan kecil

[Copy link]
Post time 29-6-2023 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Bursa Malaysia catat peningkatan kecil


Kaunter untung mengatasi rugi iaitu 395 berbanding 388 - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Rabu dengan mencatat peningkatan kecil, seiring dengan pemulihan sentimen di pasaran serantau susulan aliran kenaikan semalaman Wall Street, didorong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh.

Pada 5 petang, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 1.63 mata atau 0.12 peratus kepada 1,388.37 daripada 1,386.74 pada akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka menambah 0.93 mata lebih pada 1,387.67 pagi ini, paras terendah hari ini sebelum bergerak mencecah paras sehingga 1,394.56 pada tengah hari.

Pasaran akan ditutup esok bersempena cuti umum Aidiladha.

Sentimen pasaran secara meluas juga positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 395 berbanding 388 manakala 416 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,123 tidak diniagakan dan 84 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.82 bilion unit bernilai RM1.49 bilion berbanding 2.59 bilion unit bernilai RM1.51 bilion, semalam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks serantau utama meningkat pada akhir dagangan masing-masing, dipacu oleh petunjuk positif daripada ekuiti global semalam.

Indeks Nikkei Jepun menokok 2.02 peratus kepada 33,193.99 dan Indeks Hang Seng Hong Kong meraih 0.12 peratus kepada 19,172.05.

"Kalangan pelabur positif namun kekal berhati-hati terhadap prospek ekonomi global," katanya kepada Bernama.

Menurutnya, sentimen pelabur itu juga didorong oleh pemulihan sentimen di pasaran serantau dan tempatan.

"Kami menjangkakan FBM KLCI akan bergerak dalam aliran julat 1,385-1,400 bagi tempoh berbaki minggu ini. Dari segi teknikal, kami menjangkakan paras rintangan pada 1,400 manakala sokongan pada 1,373," katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing naik naik dua sen kepada RM8.73 dan RM3.87; IHH Healthcare meraih lima sen kepada RM5.87; Tenaga Nasional turun 18 sen kepada RM9.01 manakala CIMB tidak berubah pada RM5.15.

Saham yang mencatat dagangan aktif adalah Sarawak Consolidated dan Classita yang menambah setengah sen kepada 45 sen dan 9.5 sen; MyEG turun 4.5 sen kepada 75.5 sen manakala Borneo Oil dan Fitters Diversified masing-masing tidak berubah pada 1.5 sen dan empat sen.

Indeks FBM Emas mengukuh 8.78 mata kepada 10,203.09; Indeks FBMT 100 naik 8.92 mata kepada 9,906.98; Indeks FBM Emas Syariah turun 10.40 mata kepada 10,473.27; Indeks FBM 70 meraih 0.54 mata kepada 13,382.96 manakala Indeks FBM ACE menambah 34.14 mata kepada 5,079.17.

Bagi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 41.15 mata kepada 15,427.47; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian sebaliknya turun 0.40 mata kepada 157.87; Indeks Tenaga kehilangan 0.38 mata kepada 780.94 dan Indeks Perladangan susut 22.57 mata kepada 6,725.85.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.12 bilion unit bernilai RM1.25 bilion daripada 1.80 bilion unit bernilai RM1.26 bilion, semalam.

Waran berkurangan kepada 203.86 uta unit bernilai RM37.26 juta berbanding 218.45 juta unit bernilai RM38.82 juta, sebelum ini.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan berkurangan kepada 496.25 juta saham bernilai RM204.30 juta daripada 534.07 juta saham bernilai RM215.58 juta, sebelum ini.

Selain itu, kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 341.54 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (915.26 juta); pembinaan (61.85 juta); teknologi (233.25 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (47.15 juta); hartanah (202.19 juta); perladangan (24.90 juta); REIT (4.57 juta), dana tertutup (85,400); tenaga (111.47 juta); penjagaan kesihatan (45.00 juta); telekomunikasi dan media (22.70 juta); pengangkutan dan logistik (11.07 juta); dan utiliti (100.82 juta).

Sementara itu, Bursa Malaysia Bhd hari ini mengumumkan pertukaran nama SYF Resources Bhd kepada M & A Equity Holdings Bhd (M&A).

Dalam kenyataannya, bursa itu turut mengemaskini klasifikasi sektor untuk M&A kepada perkhidmatan kewangan daripada perkhidmatan dan produk pengguna manakala subsektornya pula diubah kepada 'kewangan lain' daripada barangan isi rumah.

Sekuriti syarikat berkenaan akan didagangkan dan disebut dengan nama, sektor dan subsektor baharu berkuatkuasa 9 pagi pada 30 Jun 2023, dengan jumlah sahamnya tidak berubah.

-BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/bisne ... t-peningkatan-kecil

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.335233 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list