CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

[Pulau Pinang] Suspek langgar lari 4 kereta sudah serah diri

[Copy link]
Post time 28-6-2023 08:51 PM | Show all posts |Read mode
Suspek langgar lari 4 kereta sudah serah diri


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



Tangkap layar memaparkan kejadian sebuah kereta melanggar empat kenderaan sebelum melarikan diri.




Bukit Mertajam: Suspek yang melanggar lari empat kenderaan menyerah diri di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, di sini, tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Assisten Komisioner Tan Cheng San, berkata suspek berusia 50-an itu tampil kira-kira jam 1 tengahari tadi bagi membantu siasatan.

Menurutnya, polis sebelum itu mengesan video dimuatnaik oleh seorang pemilik Twitter jam 9 pagi tadi memaparkan kejadian langgar lari membabitkan lima kenderaan yang dipercayai berlaku dalam daerah ini.

"Siasatan polis mendapati kejadian berlaku di Jalan Perniagaan Bukit Tengah pada jam 6.30 petang semalam.

"Dalam video itu, terdapat sebuah kereta (dipandu suspek) dipercayai keluar daripada simpang tiga terus melanggar tiga kereta lain yang berada dekat situ.

"Kemudian suspek mengundur kenderaannya dan melanggar kereta yang diparkir di bahu jalan sebelum melarikan diri," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, semua mangsa yang terbabit dalam insiden itu tidak mengalami sebarang kecederaaan.

"Suspek kemudian tampil menyerah diri kira-kira jam 1 tengahari tadi bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Disiarkan pada: Jun 28, 2023 @ 6:26pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.061880 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list