CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

[Kedah] 'Saya terkilan tak dapat jumpa abang sekeluarga untuk sambut Aidiladha..'

[Copy link]
Post time 28-6-2023 12:33 PM | Show all posts |Read mode
'Saya terkilan tak dapat jumpa abang sekeluarga untuk sambut Aidiladha..'


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Jun 28, 2023 @ 12:14pm bhnews@bh.com.my




Ilda Iman (kanan) bersama arwah abang dan kakak iparnya ketika majlis perkahwinan mereka. Foto ihsan keluarga




ALOR SETAR: "Kami menunggu kepulangan abang sekeluarga untuk menyambut Aidiladha bersama esok, tetapi akhirnya kami menerima jenazah mereka selepas terbabit kemalangan maut," kata Ilda Iman Che Johar, 26.

Ilda Iman adalah adik kepada Muhammad Izham Che Johar, 32; yang maut bersama isterinya, Kamilah Ali, 30; dan bayi mereka, Arwaa Ulyaa yang berusia dua bulan, serta ibu Kamilah, Rosnah Mokhtar, 59, dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Kulim Baling, Padang Meha, Kulim, semalam.

Dalam kejadian pada jam 4 petang itu, keempat-empat mereka yang parah meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Seorang lagi anak pasangan itu, Aisyah Rumaisa Muhammad Izham, 2, dan sepupunya yang dikenali sebagai Izzudin, 14, parah serta dirawat di Zon Merah Hospital Kulim.

Ilda Iman berkata, arwah abang dan kakak iparnya juga sepatutnya mengadakan kenduri akikah untuk Arwaa Ulyaa pada hari raya kedua Aidiladha, tetapi hasrat itu tidak kesampaian apabila mereka semua pergi buat selamanya.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika abangnya pulang menjemput isterinya yang bekerja sebagai peguam syariah di Parit Buntar, Perak, untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Kembai, Kuala Ketil.

Katanya, ibu mentua abangnya dan dua anak mereka turut mengikut bersama dalam kereta PERODUA Bezza yang dinaiki mereka.

"Kebiasaannya abang sekeluarga akan pulang ke kampung kami di Kampung Paya Keladi, Kepala Batas di Pulau Pinang pada hari raya pertama dan kemudian pulang ke rumah mereka di Kampung Kembai.

"Ibu mentua abang tinggal bersama mereka dan abang pula mengusahakan ternakan lembu di sana sejak empat tahun lalu.

"Sepatutnya esok abang menyembelih tempahan lembu korban, tetapi tak sangka semua ini berlaku," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSB, di sini, hari ini.

Ilda Iman berkata, abangnya juga sempat mencium tangan bapa mereka, Che Johar Jaafar, 63, malam kelmarin ketika pulang ke rumah di Kepala Batas dan kali terakhir mereka bertemu.

Katanya, abangnya yang juga anak kedua daripada empat beradik dan anak tunggal lelaki dalam keluarga adalah seorang yang baik dan rajin bekerja.

"Kami terkejut terima panggilan telefon daripada polis memaklumkan abang, kakak ipar, anak saudara dan ibu mentua abang maut dalam kemalangan.

Ilda Iman berkata, kali terakhir dia bertemu abangnya pada Aidilfitri lalu ketika menziarahi anak kedua pasangan itu yang baru lahir ketika itu.

Jenazah empat beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Panjang, Baling dalam satu liang lahad selepas urusan bedah siasat dilakukan.

Media semalam melaporkan, empat sekeluarga maut manakala dua parah dalam kemalangan membabitkan kereta PERODUA Bezza yang dinaiki mereka dengan sebuah treler di Jalan Kulim Baling, Padang Meha, di Kulim, petang semalam.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.239968 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list