CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

Berita gembira buat Shah Firdaus

[Copy link]
Post time 28-6-2023 11:27 AM | Show all posts |Read mode

Atlet berbasikal kebangsaan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terlibat dalam pelanggaran ketika acara separuh akhir (Lelaki) Elite Keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, minggu lalu.-UTUSAN/AMIR KHALID

PETALING JAYA: Jaguh basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom boleh menarik nafas lega apabila dia akan mendapat basikal baharu bagi menjayakan usahanya memburu mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris tahun hadapan

Ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley berkata, pelumba kelahiran Muar, Johor itu akan menggunakan basikal baharu itu pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Glasgow, Scotland pada Ogos depan.

“Dia masih ada basikal tetapi itu generasi pertama, di mana ia lebih berat dan sukar dikawal berbanding dua basikal yang dia gunakan dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

“Seperti yang semua tahu, dua basikalnya sudah rosak, satu ketika di Hong Kong dan satu lagi ketika dalam ACC (Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai pada 18 Jun lalu).

“Pihak yang membuat basikal itu di United Kingdom maklumkan mereka boleh menyiapkannya (basikal) bagi Kejohanan Dunia, sebuah basikal yang baru dan cantik, sama seperti yang digunakannya dalam Sukan Olimpik lalu.

“Ia akan tersedia untuk Kejohanan Dunia dan basikal yang satu di sini akan digunakan sebagai basikal simpanan,” kata Beasley.

Sebelum ini, Shah Firdaus merayu agar basikal baharu dengan model sama dihasilkan secepat mungkin dalam memastikan persediaannya memburu mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris tahun hadapan tidak terjejas.

Shah Firdaus mengalami kemalangan dalam separuh akhir acara keirin pada kejohanan ACC 2023 yang menyebabkan basikalnya rosak terus namun, dia bangkit untuk meneruskan perlumbaan berhasil layak ke final.

Shah Firdaus terpaksa menggunakan basikal simpanan pada pentas final iaitu prototaip pertama basikal WXR.

Biarpun menggunakan basikal lama, dia berjaya meraih pingat gangsa, dibelakang pelumba Jepun, Shinji Nakano dan juara, Datuk Azizulhasni Awang.

Mengulas mengenai tahap kecederaan yang dialami Shah Firdaus ketika ini, Beasley berkata, dia yakin anak buahnya itu akan cergas sepenuhnya menjelang kejohanan itu bagi menggalas cabaran penting buat negara.

“Keadaan tubuhnya masih cedera, di mana kulitnya masih terkoyak di sana-sini tetapi daripada segi gegaran kepala, dia tidak mengalami masalah itu.

“Dia sudah mula berlatih dan kelihatan baik selepas memanaskan badan. Kami hanya memantau secara dekat latihannya dan menyelenggara apa yang patut, jadi dia dalam keadaan baik,” katanya.-UTUSAN

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... -buat-shah-firdaus/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.781378 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list