CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

[Pulau Pinang] USM lancar satelit pertama A-SEANSAT-PG1 LEO ke angkasa lepas

[Copy link]
Post time 28-6-2023 12:49 AM | Show all posts |Read mode
USM lancar satelit pertama A-SEANSAT-PG1 LEO ke angkasa lepas


BERNAMA



PELANCARAN satelit A-SEANSAT-PG1. FOTO Twitter Bernama



Georgetown: Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerja sama sebuah syarikat teknologi angkasa lepas tempatan Angkasa-X Innovation Sdn Bhd, melancarkan satelit orbit rendah bumi (LEO) ke angkasa lepas dari Rusia, hari ini.

Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Abdul Rahman Mohama berkata pelancaran satelit A-SEANSAT-PG1 itu, akan menerajui pembangunan ekosistem teknologi angkasa lepas Malaysia dan memacu kemajuan ekonomi bagi negara dalam kawasan khatulistiwa.

"Peristiwa bersejarah ini melambangkan hasil kerja keras dan komitmen yang tinggi. Kejayaan pelancaran ini bukan sahaja menunjukkan kecemerlangan Malaysia dalam teknologi angkasa lepas, tetapi juga menjadi inspirasi kepada saintis dan jurutera di Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran satelit A-SEANSAT-PG1, disaksikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di sini hari ini.

Selain itu, Abdul Rahman berkata dengan pelancaran satelit A-SEANSAT-PG1 dan 200 satelit selepas itu, Angkasa-X berhasrat untuk mewujudkan ekonomi angkasa yang teguh, terutamanya dalam ASEAN.

Beliau berkata satelit itu juga akan menyumbang kepada mewujudkan satu keadaan di mana ketersambungan data dan informasi penting, akan dapat dicapai dengan mudah dan mampu oleh masyarakat, kerajaan dan juga syarikat.

"Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara untuk mereka bentuk, memasang dan melancarkan satelit LEO buatan sendiri.

"Pelaburan dalam satelit dan teknologi angkasa lepas satelit, akan memangkinkan bakat, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, membangunkan solusi teknologi angkasa lepas baharu untuk dipasarkan secara global, dan menarik pelaburan serta bakat domestik dan antarabangsa, serta memberikan impak ekonomi yang positif kepada negara," katanya.



Disiarkan pada: Jun 27, 2023 @ 10:28pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.099939 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list