CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

[Kedah] 4 sekeluarga maut, 2 parah nahas kereta dengan treler

[Copy link]
Post time 27-6-2023 07:48 PM | Show all posts |Read mode
4 sekeluarga maut, 2 parah nahas kereta dengan treler


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Jun 27, 2023 @ 6:33pm [email protected]




Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa dalam kereta Perodua Bezza yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Kulim Baling, Padang Meha, petang ini. NSTP/Insan Bomba




KULIM: Empat dipercayai sekeluarga termasuk seorang bayi maut manakala dua kanak-kanak parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Kulim Baling, Padang Meha, di sini, hari ini.

Mangsa yang meninggal adalah seorang lelaki dewasa berusia 32 tahun, wanita dewasa berusia anggaran 30 tahun dan 59 tahun serta seorang bayi perempuan berusia lingkungan lapan bulan.

Dua lagi mangsa iaitu kanak-kanak berusia lingkungan dua dan enam tahun dipercayai parah.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 4.06 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim tiba di lokasi untuk melakukan operasi penyelamatan.

"Terdapat enam mangsa dalam kereta terbabit yang mana empat daripadanya dipercayai meninggal dunia selepas disahkan oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Rahim berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada komander operasi, kesemua mereka dipercayai tersepit di dalam kenderaan.

Bagaimanapun, mereka berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas.

"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kulim dengan bantuan ambulans KKM manakala empat yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.087234 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list