CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

[Pulau Pinang] Geng Atta aktif pecah rumah, curi kenderaan tumpas

[Copy link]
Post time 27-6-2023 04:32 PM | Show all posts |Read mode

Soffian (kiri) ketika sidang akhbar berkaitan rampasan dan tangkapan suspek kes curi di IPD Timur Laut, hari ini.

GEORGE TOWN – Polis berjaya menumpaskan sekumpulan penjenayah terdiri tiga lelaki yang dikenali sebagai Geng Atta selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan memecah masuk kediaman, curi dalam bangunan dan kenderaan di daerah Timur Laut di sini, 22 Jun lalu.

Ketiga-tiga suspek tempatan berusia 22 hingga 35 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) di kawasan Sungai Nibong kira-kira pukul 5 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, penahanan ke atas ketiga-tiga suspek yang berasal dari Kedah dan negeri ini dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita pada pukul 17 Jun lalu.

Menurutnya, pengadu berusia 23 tahun yang merupakan operator kilang itu telah membuat laporan berhubung kehilangan telefon bimbit, beg tangan dan kunci kereta di dalam rumahnya di Relau, kira-kira pukul 4.30 pagi.

“Pada hari yang sama, pengadu turut menyedari akan kehilangan sebuah kereta jenis Perodua Myvi miliknya yang diletakkan di parkir berhampiran blok kediamanya kira-kira pukul 8.15 malam.

“Bertindak atas maklumat, polis telah menahan tiga lelaki selepas disyaki terlibat dalam kes tersebut. Ini susulan maklumat penggunaan menerusi sistem pembelian tanpa tunai milik mangsa yang dibuat suspek di sebuah kedai serbaneka,” katanya pada sidang akhbar di IPD Timur Laut, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, tangkapan ke atas suspek yang juga penganggur itu turut menemui semula barang milik pengadu termasuk sebuah kereta Perodua Myvi.

“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek juga terlibat dengan satu kes pecah rumah di Paya Terubong, sehari sebelum mereka ditahan polis. Kejadian tersebut disedari pengadu sebaik pulang dari tempat kerja kira-kira pukul 6.40 pagi, 23 Jun lalu.

“Kesemua tangkapan mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah. Hasil ujian saringan awal juga mendapati dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine,” jelasnya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 380, Seksyen 457 dan Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... i-kenderaan-tumpas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.044530 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list