CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 840|Reply: 6

"Kepada Idolla'S Yang Nak Ambil Gambar, Kami Akan Layan Walaupun Dalam Keadaan Penat Macam Mana Pun,"-Dolla

[Copy link]
Post time 27-6-2023 03:41 PM | Show all posts |Read mode
Kumpulan Dolla anggap isu Amir Ahnaf yang didakwa semakin sombong kerana enggan bergambar sebagai lumrah dalam kehidupan selebriti.


Namun, dalam masa sama, kumpulan wanita popular itu tetap mengambil iktibar atas apa yang berlaku.


Foto: IG




Salah seorang anggotanya, Syasya berkata, dia memahami apa yang berlaku terhadap Amir baru-baru ini, kerana selebriti juga manusia biasa yang turut melalui fasa naik turun seperti orang lain.


"Selebriti bukanlah robot, kami juga ada lalui fasa turun naik dalam kehidupan. Ada sesetengah peminat yang faham dan ia bagus juga.


  



"Namun, kalau ada yang tak faham itu kami tetap cuba yang terbaik untuk mereka. Apa yang terjadi kepada Amir, mungkin saya faham.


"Kepada iDolla's yang selalu nak ambil gambar, Insya-Allah selagi kami mampu, kami akan layan walaupun dalam keadaan penat macam mana pun," katanya.


Menurut Syasya, menjadi selebriti bukanlah mudah, terutama perlu memberikan yang terbaik untuk peminat yang sentiasa menyokong dalam apa jua keadaan.


  



Seorang lagi anggota Dolla, Tabby berkata, melayan dan memberikan yang terbaik kepada peminat adalah salah satu tanggungjawab selebriti.


"Kita cuba sedaya upaya untuk peminat walaupun dalam keadaan penat. Kami memahami saja, manusia kan. Bagaimanapun kami akur, ia adalah kerja kami untuk melayan dan memberi semula kasih sayang kepada peminat," katanya.


  



Baru-baru ini, seorang peminat mendakwa Amir yang namanya popular menerusi siri Projek : High Council didakwa sudah menunjuk belang apabila enggan melayan peminat yang mahu bergambar dengannya.


Menerusi perkongsian di TikTok, individu terbabit mendakwa permintaannya untuk bergambar bersama tidak dilayan Amir.


  



Menurutnya, mereka bertemu dengan Amir di program nyanyian dan menunggunya sebanyak dua kali, namun kecewa tidak dilayan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2023 04:14 PM | Show all posts
pandai theyols jaga imej... beramas2 mesra dengan peminat mestipun penat dan berpeluh lencun gittuhh... dah la memasing herlok jugak lah walaupun rhoper leluhur hindu langkasuka...

atleast  muka tak macam kangkung parit yang gigih nak mendiva dan sombong dengan peminat... padahal ko baru popular sebab satu citer je pun...

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias: pandai theyols jaga imej... be ...
Dolla ni pada aku cantik, tapi tak cukup cantik, rasanya bersepah je muka2 camgini kat tepi2 jalan. Tapi ada tiga anggota diorang yang personaliti cantik yang menjadikan girl group ni agak special dan dihormati peminat2 diorang iaitu Syasya, Angel dan Tabby.

Syasya ada hati yang lembut dan penyayang, jugak seorang yang memahami dan sensitif mudah tersentuh dan menangis dengan kebaikan orang, mudah sayang dan hargai orang2 baik so mungkin idea tetap nak bergambar walaupun penat berkemungkinan memang datang dari dia berdasarkan personaliti dia.

Angel pun ada hati yang lembut dan penyayang, mudah tersentuh tapi disebabkan dia jenis yang tak berapa dominan, jenis yang cuma fikir nak melawa dan nampak hot je 24 jam, dia lebih suka mengikut berbanding sumbangkan idea yang berkaitan kemanusiaan. Tapi kalau idea berkaitan nak melawa, nak bagi sesuatu nampak cantik, then mungkin dia antara yang paling laju.

Tabby lebih kurang sama macam Syasya, lembut, penyayang, sensitif mudah tersentuh dan ada sifat memahami. Muka nampak poyo dan berlagak tapi sebenarnya dalaman dia lain. So jangan pelik kalau nampak diorang buat kerja2 kebajikan contoh bagi gelandagan makan, atau pergi ke rumah anak2 yatim untuk hiburkan penghuni sana. Dan diorang memang ada buat kerja2 kebajikan pun.

Sabronzo ni hati dia agak keras, lebih liar dan agresif tapi dia masih ada common sense pandai hormat orang tua dan sama macam Angel, lebih suka mengikut tanpa banyak songeh kalau ada yang beri idea berkaitan kemanusiaan sebab dia sedar diri yang diri dia kasar dan kayu so dia terpaksa ikut supaya dia dapat perbaiki diri.

Aku kagum dengan personaliti diorang, mv2 diorang dan lagu2 diorang yang berkualiti. So memang tak pelik kenapa diorang mampu naik sedangkan girl band mpop lain semua sendu dan tenggelam, dolla memang layak ada populariti yang diorang ada.

Tapi aku tetap tak minat sebab aura busuk dan kepam tu macam terlalu kuat, rasa terngiang2 segala bau yang kurang menyenangkan tambah2 lagi time diorang seksi nampak ketiak, rasa macam nak muntah. Terbayang peluh, daki melekit, bau masam dan tengik dalam fikiran.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 27-6-2023 04:14 PM
pandai theyols jaga imej... beramas2 mesra dengan peminat mestipun penat dan berpeluh lencun gittuhh ...

Syasya top 1.
Tabby tempat ke 2.
Angel tempat ke 3.
Sabronzo tempat ke 4.

Syasya dan Tabby hampir 100% sama dari segi perangai baik yang ada dalam diri diorang tapi Syasya lebih dominan so dia top 1. Angel agak kurang dibanding Syasya dan Tabby so tempat ke 3. Tempat ke 4 Sabronzo sebab dia paling kasar, agresif dan liar tapi aku tetap hormat sebab dia sangat setia, dengar cakap dan patuh pada member2 dia yang lain so chemistry diorang sangat tip top dan berada pada tahap paling maksimum, hampir mustahil untuk diorang berpecah sebab masing2 dah wujud perasaan sayang.

Syasya aku bagi markah 100%. Tabby 95%, Angel 70% dan Sabronzo 60%.

Ok la cukup la ni, malas cakap pasal diorang lagi sebab bau busuk dari ketiak dan badan diorang asyik berlegar dalam fikiran.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 12:59 PM | Show all posts
Sumpah meolls taktau which one is which. Meolls kenal anggota kumpulan Feminin dan Res2 jahh.. ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2023 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ya tuhan, isu lapuk, bohsan dah basi yg asik diup, pastu gi tanye dolla yg x berapa nak mekar namanye kt mesia..ni kalo x bermekap berkati pakai t-shirt suar pendek kat luar xde sape kenal kot gigih nak bergambo, lagi2 si angel tu, mmg aku igt smoi kedai repair tepon je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2023 02:25 PM | Show all posts
selain lagu raya raya raya raya selamat hari raya, lagu apa lagi best dr dollar?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.072682 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list