CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 194|Reply: 0

[Kedah] Lapan ditahan disyaki terbabit seleweng baja subsidi

[Copy link]
Post time 27-6-2023 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Lapan ditahan disyaki terbabit seleweng baja subsidi


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Jun 27, 2023 @ 2:44pm  bhnews@bh.com.my




Sebahagian daripada baja subsidi yang disyaki cuba diseleweng, ditemui dalam terbuan terhadap sebuah gudang di Jalan Padang Hang, semalam. NSTP/IHSAN KPDN




ALOR SETAR: Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi menahan lapan individu kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan baja subsidi dalam serbuan terhadap sebuah gudang di Jalan Padang Hang di sini semalam.

Kes tangkapan itu kemudian diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah untuk tindakan lanjut.

Pengarah KPDN Kedah, Affendi Rajini Kanth, berkata pihaknya menerima serahan kes itu daripada PPM Langkawi jam 3 petang semalam untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, PPM membuat pemeriksaan dan serbuan terhadap gudang terbabit pada jam 11 pagi semalam dan menemui sejumlah 261,060 kilogram baja di premis berkenaan.

"Hasil soal siasat yang dilakukan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai apa-apa kebenaran bertulis daripada pengawal bekalan berkaitan pemilikan barang kawalan berkenaan.

"Pihak PPM seterusnya bertindak menyita 261,060 kilogram baja, sebuah lori Jenis Fuso bernombor pendaftaran tempatan, satu unit mesin jahit, satu unit alat timbang, empat buah Forklift dan satu bundle plastic baja yang disyaki digunakan untuk penyelewengan.

"Enam individu warga tempatan berusia lingkungan 18 tahun hingga 57 tahun dan dua individu bukan warganegara berusia dalam lingkungan 40 tahun ditahan bagi siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Affendi berkata, nilai rampasan baja dianggarkan sebanyak RM104,424 manakala anggaran nilai rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM269,174.

Beliau berkata, siasatan dilakukan dibawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

"Sekiranya disabitkan kesalahan di bawah akta ini boleh dikenakan penalti seperti berikut iaitu bagi mana-mana orang perseorangan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi kesalahan yang kedua, didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya sekali," katanya.

Menurutnya lagi, bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi
kesalahan yang kedua didenda tidak melebihi RM5 juta.

Katanya, KPDN ingin memberi amaran keras dan menegaskan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti penyelewengan barangan kawalan ini.

"Tindakan tegas akan diambil termasuklah mendakwa mereka di mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) (Akta 613).

"Jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta 613 ini boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau lima juta ringgit yang mana lebih tinggi," katanya.

Affendi berkata, orang ramai boleh membantu pihaknya membanteras kegiatan penyelewengan dengan menyalurkan maklumat melalui Portal e-aduan 2.0 http://eaduan.kpdn.gov.my
atau Call Centre 1-800-886-800, E-mel e-aduan@kpdn.gov.my

Selain itu katanya, maklumat boleh disalurkan juga melalui aplikasi EZ ADU KPDN, Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-88826088/6245 atau WhatsApp 019-848 8000 dan 019-279 4317 dan Pejabat KPDN Kedah 04-7001745.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.046076 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list