CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 175|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua rakan ditahan bersama serbuk MDMA

[Copy link]
Post time 27-6-2023 03:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 27-6-2023 03:03 PM

Dua rakan ditahan bersama serbuk MDMA

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   27 Jun 2023    02:34pm





Soffian (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dirampas daripada dua suspek.




GEORGETOWN - Dua rakan ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM27,969 dalam dua serbuan di lokasi berbeza di daerah Timur Laut dan Seberang Perai Tengah, pada 23 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kedua-dua lelaki tempatan tersebut dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis serbuk methylenedioxy-methamphetamine (MDMA).

Menurutnya, kegiatan kedua-dua suspek terbongkar apabila polis menahan suspek pertama berusia 22 tahun di tepi jalan di bandar ini pada jam 9.15 malam.

"Daripada penahanan suspek, kita merampas 10 peket plastik mengandungi 108 gram serbuk MDMA bernilai RM1,300. Susulan daripada itu, kita menyerbu sebuah kondominium di kawasan Bukit Mertajam pada jam 11.40 malam hari sama.

"Hasil serbuan itu, kita menahan seorang lagi lelaki berusia 28 tahun. Suspek kedua berperanan untuk membungkus kesemua dadah ini ke dalam plastik berwarna-warni sebelum dijual kepada pelanggan di pusat hiburan.

"Serbuk MDMA ini dibungkus seperti serbuk minuman bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Peket kecil seberat 6 gram manakala besar 16 gram.

"Pelanggan akan mencampurkannya dengan minuman ketika berhibur di pusat hiburan," katanya pada sidang akhbar di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pada Selasa.

Soffian berkata, polis merampas pelbagai jenis dadah daripada suspek kedua iaitu 200 peket plastik berwarna-warni mengandungi MDMA seberat 4,320 gram yang bernilai RM26,000, dua peket plastik ketamin seberat 1.93 gram bernilai RM289, 10 biji pil ekstasi bernilai RM220 dan 20 biji pil eramin 5 bernilai RM160.


"Sindiket ini bergiat aktif semenjak awai bulan Januari tahun ini dan mensasarkan pasaran tempatan. Ujian saringan air kencing kedua-dua suspek positif dadah. Suspek pertama tiada rekod jenayah manakala suspek kedua mempunyai rekod jenayah melibatkan dadah.

"Selain dadah, kita juga menyita sebuah kenderaan bernilai RM34,000, jongkong emas bernilai RM1,600, dan barang kemas bernilai RM1,100. Jumlah rampasan dadah dan sitaan adalah RM64,669. Kedua-duanya penganggur itu direman sehingga 30 Jun untuk membantu siasatan," katanya.

Kata beliau, kesemua dadah berkenaan boleh dibekalkan kepada 1,090 penagih sekiranya ia terlepas ke pasaran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Soffian berkata, sepanjang tempoh kajian bermula 1 Januari 2023 sehingga 31 Mei tahun ini, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPDTL telah membuat tangkapan seramai 1,599 orang.

"Mengikut pecahan, 355 ditahan di bawah kategori bekalan, 540 di bawah memiliki, Akta Racun 117, penagih 578 dan Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) sembilan," katanya.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 3051 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69148 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21247 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.052281 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list