View: 632|Reply: 3
|
Teruja Dapat Jadi Pengawal Peribadi- Mierul Aiman Sanggup 'Berkampung' Di Gimnasium, Berlatih Tinju, Dan Jaga Pemakanan
[Copy link]
|
|
Demi drama W : Two World, Mierul Aiman sanggup 'berkampung' di gimnasium, berlatih tinju, dan menjaga pemakanan.
Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman berkata, dia melakukan perkara itu sepanjang penggambaran siri arahan Datuk Yusry Abdul Halim itu.
Foto: IG
"Saya juga perlu menjaga rutin pemakanan bagi mengekalkan berat badan yang ideal dan pergerakan badan ketika berlakon berjalan dengan lancar," katanya kepada Harian Metro.
Berkongsi lanjut mengenai latihan sebelum berlakon, Mierul memaklumkan dia turut melalui proses latihan menggunakan senjata dan pergerakan aksi selama sebulan supaya tidak kekok ketika penggambaran.
"Setakat ini saya tidak menggunakan 'stuntman' kerana saya mahu menggunakan tenaga dan semangat saya sendiri sementara masih ada kudrat," katanya.
Menurut Mierul, sejak kecil dia sudah memasang niat berlakon watak aksi yang energetik dan taktikal.
"Filem aksi pertama yang saya suka menonton adalah Apocalypto. Ia menampilkan jalan cerita menarik lebih-lebih lagi watak hero itu sendiri menyampaikan mesej pengorbanan.
"Ia filem yang memberi kesedaran bahawa watak aksi adalah jiwa saya selain dapat mengembangkan bakat lakonan," katanya.
Menurut Mierul, dia sangat teruja apabila ditawarkan watak sebagai pengawal peribadi dalam drama aksi itu.
"Apabila saya mendapat skrip drama ini, saya membacanya sepintas lalu dan terus jatuh cinta kerana watak inilah yang saya tunggu selama ini," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
mamat ni mcm Gambit si gay dlm cite kunyit si aron aziz dgn sophia barakbah tue.. hahah maaf yea tapi mmg style sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
hmm kemain posing ye... try baling lipas tengok dia menggelupur jerit ke tak... ada kawan lelaki meols ni rider moto besar...sekali ofis kitorang ada lipas dkt workstation... rmai gegurl menggelupur termasuk la dia ... nk minta suruh tngkap pun takut...apo la harap naik moto besar acah2 macho tp takut lipas |
|
|
|
|
|
|
|
Another mael ke ni? Bosan lah. Drama mael tu bila nk habis. Mcm menuju jalan kelam je industi hiburan skrg jika dilihat muka pelapis sekrg. |
|
|
|
|
|
|
| |
|