View: 1643|Reply: 7
|
Ara Johari Sempat Jerit Kena Cabul Belakang Pentas, Polis Tahan Suspek
[Copy link]
|
|
Penyanyi Ara Johari mendedahkan detik mencemaskan apabila seorang lelaki melakukan gangguan seksual dengan mencium tangannya selepas menjayakan satu persembahan di Nilai, Negeri Sembilan.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, lelaki berkenaan menarik dan menggenggam kuat tangannya dan menciumnya sebanyak dua kali.
"Saya ingatkan dia nak fist bump sahaja jadi saya pun bagi la fist bump juga.
"Tapi, dia terus tarik tangan saya nak salam, selepas itu genggam kuat-kuat. Dia cium tangan saya dua kali.
"Bukan cium biasa tau. Memang cium bersungguh betul. Saya cuba tarik tangan pun tak boleh sebab dia dah pegang tangan saya dengan kuat," katanya.
Jelasnya, dia menyangka lelaki berkenaan hanya sekadar peminat yang ingin mengambil gambar bersama.
Berada pada acara majlis hiburan, Ara tidak menolak permintaan mana-mana peminat yang ingin mengambil gambar bersama mahupun bersalaman dengannya.
Bimbangkan keselamatan dirinya, Ara tampil membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Nilai kira-kira 12 pagi pada Isnin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Supritenden Abdul Malik Hasim mengesahkan menerima laporan kes mencabul kehormatan melibatkan seorang artis wanita.
Lelaki tersebut bagaimanapun berjaya ditangkap oleh pihak penganjur dan diserahkan kepada anggota polis yang bertugas di festival berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Sumber: mStar, IG Ara Johari |
|
|
|
|
|
|
|
eéeeeeee menakutkannnnn. geli pun ye. bukan main mengucup tangan ara ye. bagus la ara dah buat laporan. buat tambah trauma orang je |
|
|
|
|
|
|
|
So pengajaran kepada..fan...ko jgn nk kecam retis kalo dia xnk salam gmbr dgb ko..kalau akulah pk 10x nk salam org luar..dpt mcm nih..tak ke nayo?
Sian..rugi jer fan2 retis nih..hahaaha |
|
|
|
|
|
|
|
Gersang sangat tu.. Ciuman tangan camtu biasanya menteri. |
|
|
|
|
|
|
|
eeee gelinyaaa... mesti yang cium tu pun rhoperr macam kura kura terjatuh dalam bendang...
sebabtu rhoper macam ara pun ko selera yach nak kucup2 dengan bernafsu sekali macamtu...
kalau dah rupa pelaku pun macam kura kura jatuh dalam bendang mestilah dia nampak ara ni macam emma watson...
|
|
|
|
|
|
|
|
bestnye zaman covid baru2 dolu khen...
tak hulur salam tangan pun tak dicop sombong... |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias: eeee gelinyaaa... mesti yang c ...
Kt bendang xde kura2 yang ada labi2. Betina nama friska jantan nama friskies |
|
|
|
|
|
|
| |
|