Hani Fadzil mendedahkan sisi buruk yang berlaku dalam industri hiburan tanah air.
Menerusi Twitter, Hani telah memuat naik paparan skrin perbualannya di Whatsapp tentang kerja.
Foto: IG
Dia dimaklumkan bahawa client menolak untuk mengupahnya hanya kerana imejnya tidak cukup seksi.
Bagaimanapun diafaham bahawa setiap pelanggan mempunyai pilihan dan dia hanya mahu berkongsi tentang realiti yang dilaluinya.
Di ruangan komen ramai yang terkejut kerana tidak menyangka imej seksi lebih dipandang berbanding bakat.
Memang perit hakikahr dalam industri di mana wajah yang ‘elok’ lebih menjadi demand daripada bakat sebenar seseorang itu.
Dalam pada itu, segelintir warganet berkata hal yang dilalui Hani sebenarnya turut terjadi dalam industri lain dan mendakwa zaman kini rupa paras lebih diutamakan. -CARI
|