CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 1

Dapat Ilham Di Madinah, Adi Putra Akan Salur Kutipan Filem ‘Syaaban’ Masuk Tabung NGO Di Bawah Ustaz Wadi

[Copy link]
Post time 26-6-2023 09:35 AM | Show all posts |Read mode
"Bukan impian saya untuk menjadi seorang penerbit atau pengarah tapi idea menghasilkan filem ini tercetus pada tahun 2019 yang mana saya mahu hasilkan sebuah filem amal."


Datuk Adi Putra atau Mohamed Hadi Putra Halim, 42, mendedahkan dia mendapat ilham untuk menghasilkan karya pertamanya berjudul Syaaban yang bakal menemui penonton di pawagam 29 Jun ini, sejurus pulang dari Tanah Suci Makkah empat tahun lalu.


"Ketika itu saya berada di Madinah, sebaik sahaja pulang ke Malaysia, terus dapat ilham untuk menghasilkan Syaaban," katanya kepada mStar.




mStar




Bercakap lanjut mengenai karya itu ketika ditemui di sidang media filem Syaaban yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Sabtu, filem itu diinspirasikan daripada filem Indonesia berjudul Kiamat Sudah Dekat arahan Deddy Mizwar dan dibintangi oleh Andre Taulany, Deddy Mizwar, Ayu Pratiwi, dan Nazar Amir pada 2003.


Adi memberitahu dia menghasilkan filem ini bukan untuk bersaing dengan naskhah hebat lain sebaliknya ingin menyedarkan penonton tentang ilmu akhirat.


"Saya bukan nak bersaing dengan filem hebat yang lain tapi saya mengadakan filem ini kerana ramai yang terlalu sibuk dengan duniawi sehingga lupa apa yang harus kita kejarkan.


"Saya percaya sehebat-hebat kutipan tak sehebat pada pandangan Allah SWT.


"Jadi kutipan nanti yang akan datang akan disalurkan dan diagih kepada NGO yang menyokong salah satunya di bawah Ustaz Wadi dan juga mahaad tahfiz seluruh Asia," ujarnya.


Sementara itu, Adi berkata, ketika penggambaran dia turut berdepan pelbagai cabaran untuk menyiapkan filem ini memandangkan terpaksa berdepan dengan pandemik Covid-19 pada 2020.


Bukan itu sahaja Adi berkata dia terpaksa melakukan perbincangan semula dengan pelakon Liza Abdullah memandangkan ketika itu aktres berkenaan belum mengenakan hijab.


"Saya sudah berbincang dengannya dan memaklumkan terlebih dahulu kepadanya. Alhamdulillah setelah diizinkan olehnya saya anggap ia sebagai satu hikmah," ujarnya.


Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki iaitu Syaaban dilakonkan oleh Adi Putra yang mengejar cinta Fatimah.




mStar




Disebabkan enggan Syaaban menjadi menantunya, bapa Fatimah yang dilakonkan oleh Hasnul Rahmat memberi syarat agar pemuda berkenaan mendalami ilmu agama dengan tempoh masa yang diberikan.


Selain Adi, Syaaban turut dibarisi barisan pelakon seperti Hasnul Rahmat, Akmal Khan, Adeep Nahar, Jobot dan Doktor Nadia.


Syaaban akan bertemu peminat pada Hari Raya Aidiladha di pawagam seluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 11:51 AM | Show all posts
ada tak adegan spendar gulung-gulung sangkut kat pintu bilik air sambil selfie pakai tuala kat Mekah tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.177632 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list