CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 286|Reply: 1

Kaedah Mudah Proses Minyak Terpakai Di Rumah Untuk Jadi Biodiesel

[Copy link]
Post time 26-6-2023 09:13 AM | Show all posts |Read mode
Sekumpulan penyelidik menghasilkan inovasi bekas penyimpanan yang lebih efektif dan memudahkan masyarakat mengumpulkan minyak masak terpakai di rumah untuk tujuan kitar semula.


Ketua projek itu yang juga pensyarah Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Zaifilla Farrina Zainuddin berkata prototaip produk yang diperbuat daripada bahan plastik high-density polyethylene dan keluli tahan karat itu mempunyai elemen penapis halus yang mampu menapis dan menjadikan minyak terpakai berada dalam keadaan ideal sebelum diproses menjadi biodiesel.




Ketua Bahagian Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Dr Nur Syazana Osman (kiri) dan Pensyarah UniKL Zaifilla Farrina Zainuddin memberi penerangan mengenai reka bentuk bekas minyak masak terpakai yang lebih efektif dan memudahkan masyarakat untuk tujuan kitar semula ketika ditemubual di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) baru-baru ini. FOTO BERNAMA




"enapis pada bekas diinovasi ini akan memudahkan dan menjimatkan masa kerana mampu menapis makanan seperti sambal yang bercampur dengan minyak sehalus mungkin berbanding bekas dan penapis yang ada di pasaran sekali gus memudahkan vendor kitar semula," katanya.


Beliau berkata bekas berkapasiti lima liter yang mempunyai dua bahagian itu juga dicipta bagi menambah baik aspek kebersihan dan kekemasan dalam penyimpanan minyak masak terpakai di dapur.


"Biasanya minyak disimpan di dalam botol berkapasiti kecil dalam kuantiti yang banyak dan perlu disusun, selain susah untuk dituang daripada peralatan masak ia juga berisiko tumpah menjadikan dapur kotor dan berminyak," katanya sambil menambah cara dan suhu penyimpanan akan memberi kesan kepada kualiti sisa itu.


Zaifilla Farrina berkata idea untuk menghasilkan produk berkenaan tercetus pada Januari tahun lepas apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) berkongsi tentang isu sistem saluran sinki tersumbat yang sering berlaku di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR).




Sekumpulan penyelidik menghasilkan reka bentuk bekas minyak masak terpakai yang lebih efektif dan memudahkan masyarakat mengumpulkan sisa tersebut di rumah untuk tujuan kitar semula. FOTO BERNAMA




"Tabiat suka membuang sisa minyak masak terpakai di sinki akan membuatkan ia terkumpul dalam saluran, seterusnya menyebabkan sistem perparitan tersumbat selain menggalakkan pembiakan haiwan perosak.


"Sikap ini bukan sahaja mencemarkan persekitaran dan alam sekitar, malah juga akan menjejaskan kesihatan masyarakat," katanya.


Katanya, produk inovasi diusahakan oleh pensyarah UniKL MIDI di bawah seliaan Yayasan UniKL itu kini berada pada peringkat paten reka bentuk selain masih mengkaji material terbaik untuk produk sebenar.


Beliau berkata pihaknya menyasarkan untuk mengkomersialkan produk berkenaan selewat-lewatnya pada hujung tahun ini dan berharap akan mendapat kerjasama daripada pihak pembuatan yang boleh merealisasikan reka bentuk itu.


Zaifilla Farrina berkata pihaknya juga sedang membuat kajian untuk mereka bentuk vending machine atau mesin layan diri yang akan mengumpulkan minyak masak terpakai dalam skala besar di setiap perumahan bagi memudahkan masyarakat menguruskan sisa itu.


"Biasanya vendor kitar semula akan membeli dalam kuantiti banyak, jadi apabila ada vending machine ini, orang ramai pun tidak perlu tunggu terlalu lama untuk menyimpan minyak masak terpakai ini sebelum dijual atau rasa remeh kerana perlu jual mengikut jadual pada hari-hari tertentu," katanya.


Katanya, kesedaran masyarakat tentang kepentingan dan kitar semula minyak masak terpakai mampu menjana pendapatan tambahan dalam kalangan masyarakat juga masih rendah.


Harga minyak masak terpakai yang dijual kepada vendor mengikut pasaran semasa boleh mencecah kira-kira RM3 setiap kilogram yang nilai itu adalah lebih mahal daripada minyak masak yang belum digunakan.




Gambar hiasan




Katanya, pihaknya kini bekerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Alam Flora untuk memberi kesedaran kepada masyarakat termasuk di PPR.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 09:51 AM | Show all posts
sekilo minyak terpakai ni ada tmpt recycle ambik smpi 4 ringgit


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 106947 Replies : 4894
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 10579 Replies : 9
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 42040 Replies : 85
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33249 Replies : 78
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6985 Replies : 13
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 33632 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104524 Replies : 5761
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9773 Replies : 80
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105348 Replies : 1660
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.057109 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list