CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 2

Cef Cetus Kekecohan Lepas Penumpang Tren Nampak Pisau Dibalut Dengan Tuala

[Copy link]
Post time 26-6-2023 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan seorang lelaki membawa pisau di dalam sebuah kereta api di Jepun mencetus keributan penumpang yang cuba melarikan diri keluar dari tren tersebut dalam keadaan panik.


NHK melaporkan, kekecohan itu menyebabkan dua lelaki mengalami kecederaan akibat terjatuh.




Twitter




Bagaimanapun, individu yang mencetuskan kekecohan di dalam kereta api Laluan Yamanote di Stesen JR Shinjuku itu berjaya diberkas polis yang bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan.


Setibanya di stesen berkenaan, lelaki itu sudah meletakkan pisau kepunyaannya di atas tempat duduk di dalam kereta api.


Namun, polis mendapati tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa lelaki berkenaan bertindak agresif terhadap orang awam menggunakan senjata itu, lapor akhbar Mainichi Shimbun.


Dalam pada itu, pegawai penyiasat memaklumkan, lelaki tersebut mendakwa dirinya sebagai tukang masak, manakala pisau yang dibalut dengan kain tuala itu sebenarnya dibawa dari tempat kerjanya.


Katanya lagi, pisau itu terdedah apabila tuala tersebut tertanggal dan dilihat penumpang yang berada di situ.







Untuk makluman, perkhidmatan Laluan Yamanote digantung selama kira-kira 20 minit bermula dari pukul 4 petang sebagai langkah keselamatan.


Walaupun sudah beroperasi seperti biasa pada Ahad, namun ia mengalami sedikit kelewatan.




Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 09:52 AM | Show all posts
lain kali pakai baju chef mesti diorang tak panik
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 10:03 AM | Show all posts
dh lah pisau terdedah
sekali pi angkat plk tinggi2

mn x gelabah taytack org nippon ni


btw iols nmpk perkataan keributan dlm 1st para
indon ke ape nih




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 105080 Replies : 4763
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 41928 Replies : 83
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33112 Replies : 77
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 29232 Replies : 6
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 6234 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104502 Replies : 5759
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105247 Replies : 1660
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9719 Replies : 79
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16
Setelah menghabiskan berpuluh2.. ribu  cantikkkan
YgBenarSetelah menghabiskan berpuluh2.. ribu c
Views : 14260 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.081333 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list