CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 800|Reply: 16

Budak 5 Tahun Pun Boleh Kecam Nyanyian Tak Sedap – Sissy Imann

[Copy link]
Post time 25-6-2023 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Sissy Imann mempersoalkan kepakaran netizen yang sering memberikan komen-komen tajam terhadap kualiti nyanyian artis biar tanpa memiliki kemahiran dalam bidang tersebut.


Kata penyanyi berusia 27 tahun itu, sebagai individu yang memiliki pendidikan formal dalam bidang muzik dan tidak berhenti membuat kajian tentang muzik, dia sendiri namun masih memerlukan banyak pertimbangan untuk mengulas persembahan penyanyi lain.






“Kita susah-susah belajar muzik sehingga pecah kepala buat kajian pun masih takut untuk komen persembahan orang lain.


“Namun, netizen kita komen seolah-olah macam mereka seperti pakar sahaja.


“Orang yang boleh komen mengenai sains adalah individu belajar ilmu sains yang spesifik sahaja, begitu juga dengan jurutera,” katanya dalam satu perkongsian berbaur sinikal dalam status Instagram.


Sissy yang kini sedang dalam proses menyiapkan tesis bagi melengkapkan pengajian Sarjana Muzik bagaimanapun cukup, sebagai penyanyi perlu terbuka dengan apa sahaja komen buruk khalayak.


Tambah pemilik nama sebenar Sissy Imann Mohammad Kamil itu, penilaian dan penerimaan setiap orang terhadap mutu nyanyian penyanyi selalunya bersifat subjektif.


“Muzik ini budak berusia lima tahun pun boleh kata kita menyanyi tidak sedap.


“Namun, itulah lumrah asam garam apabila kita buat keputusan untuk bergelumang dengan perkara yang sangat subjektif,” katanya lagi.






Sebelum ini, Sissy turut menjadi mangsa kecaman netizen apabila nyanyiannya didakwa kurang memuaskan dalam sebuah program raya.


Dia juga pernah menerima kritikan pedas daripada Mas Idayu untuk persembahan lagu Jampi versi keroncong bersama Naim pada minggu keenam program Famili Duo.


Susulan teguran pedas juri sensasi tersebut, dunia hiburan panas seketika dengan pelbagai pendapat daripada ‘kem’ kedua-dua pihak.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dik suara kau mmg x sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu nak suruh org menipu plak kata sore ko sedap?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap tak sedap, tak payah nak kajian bagai. Guna je sepasang telinga Allah dah bagi, sambung kat otak, terus proses nokkks suara uols tak sedap nokkks

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Just because ko ada pendidikan formal falam bidang seni, itu x bermakna ko berbakat. X perlu jadi tukang masak untuk tahu makanan tu sedap atau tak.. dan tak perlu ada ijazah dalam bidang seni untuk tahu suara orang tu lunak ataupon sebaliknya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 04:36 PM | Show all posts
sheols sambung master kos muzik dekat mana?
si diddy AF tu siap dpt phd lagi khen... dah jd dr pensyarah UUM tak silap...
takde ke astro nak panggil heols jd juri ke apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2023 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya suara ko memang tak sedaaaaappppp... Kucing aku pum cirit dengar
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau sedap dah lama famous. Or at least tau 1 lagu sheol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
We don't need a five years old to tell us that your voice is not good.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cici sila menuntut dgn kak nab ya..walaupun suara beliau hauk takpe beliau tak pernah kodem netizen yg takde phd dalam muzik cakap suara beliau hauk..so sebat tu beliau kekal relevan..suara cici tak la hauk sangat masih boleh didengar..tapi disebabkan cici terpaling tesis in muzik dan attitude bongkak..maka suara cici masuk kategori hauk to the max..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 05:09 PM | Show all posts
masalahnya bukan budak 5 tahun je... budak buta macam putri ariani tu pun boleh tahu suara ko tak sedap nyah...

cari lah karier lain, rezeki ko ada di cabang lain jangan risau...
takkan nak harapkan suara mesin tebu tu jah...
kalau ko jual air tebu tepi jalan pun entah2 lagi masuk dari berangan nak jadi penyanyi walaupun suara serupa kipas kapal selam yang hilang masa nak tengok titanic tu...

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
quit je la jadi retis noks kalau asyik nak merentan je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyanyi ni kena berbakat. Lahir2 suara dah sedap. Kemudian diasah bakat tu. Kalau suara sejak azali tak sedap, .. (korang sambung la)
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sissy oiii. Benda kalau tak sedap.. Mmg tak sedap.
Tak perlu jadi chef untuk cakap masakan chef x sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni tak sedar diri dan perasan bagus.
Orang dengar tak sedap maka x sedaplah suara ko
Picthing lariii
Ko tengok Ramli MS tu. Ada kelulusan bidang muzik dan komen pasal nyanyian retis. Tapi dia sedar diri xpndai nyanyi cume boleh curah ilmu Sajok.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2023 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Well said semua komen forummer

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2023 01:06 PM | Show all posts
belajar muzik sehingga pecah kepala tapi hasil nya..

sedeyyy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.046417 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list