View: 3190|Reply: 28
|
Nas-T Selesa Tak 'Panas', Enggan Jual Kisah Peribadi
[Copy link]
|
|
Nas-T atau nama sebenarnya, Nas Muammar Zar Nasruddin, 40, berkata dia lebih selesa menjadi pelakon yang mengetengahkan bakat lakonan dan tidak mahu menjual kisah peribadi kepada umum.
"Bagi saya yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak, memang jarang untuk keluar dalam media sosial termasuk menjadi bahan cerita di blog atau internet. Saya tidak kisah hidup tanpa kontroversi kerana apa yang penting, karya sebagai anak seni.
"Kalau sesebuah karya mampu memberi kesan kepada penonton, itu sudah memadai. Tidak perlu saya untuk 'jual diri' dengan kontroversi peribadi," katanya kepada BH Online.
Nas-T yang sudah berkecimpung selama lebih 15 tahun dalam bidang lakonan berkata, dia menganggap hasil karya adalah perkara lebih utama untuk ditonjolkan.
"Sebenarnya saya selesa dan aman sekiranya hidup tanpa kontroversi. Saya lihat rakan lain yang terpalit dengan kontroversi, mereka seolah-olah perlu sentiasa lari daripada masalah dihadapi, kehidupan juga kurang aman.
"Tonjolkan diri dengan pelbagai karya seni lebih baik, tetapi tidak tahulah cara orang lain berfikir," katanya ditemui pada majlis lawatan media ke set penggambaran filem Legasi Wira Merah di Iskandar Malaysia Studio (IMS), Johor Bahru, Johor, baru-baru ini.
Mengulas pembabitannya dalam filem yang memaparkan gerak kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia itu, Nas-T berkata, jalan cerita aksi yang diketengahkan berbeza daripada kebiasaan filem lakonannya.
"Legasi Wira Merah berbeza dengan filem aksi yang pernah saya jayakan. Sebelum ini, banyak filem aksi mengetengahkan persaingan dengan musuh termasuk penggunaan senjata.
"Tetapi untuk filem ini, ia lebih kepada membantu mangsa yang terperangkap dalam bencana seperti kebakaran dan sebagainya. Jadi, penyampaian filem ini berbeza dan ia membuatkan saya tertarik untuk menerimanya," katanya.
Pada masa sama, Nas-T berkata, ia adalah pengalaman berharga kerana mampu menyelami bagaimana cara sebenar pasukan bomba bekerja.
"Latihan membawakan watak bomba sangat mencabar kerana kami perlu kuasai cara untuk menggunakan peralatan khas untuk menyelamat. Peralatan tidak ringan, jadi untuk kami yang baru kali pertama mencuba memang mengambil masa, tetapi ia adalah pengalaman berharga," katanya.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Suka dia dgn tita
Jngn buat hal sudah ye |
|
|
|
|
|
|
|
Igt dulu masa dia & tita declare rs mcm x percaya je tita pilih dia sbb nmpk mcm badboy..ternyata smpi skrg masih kekal bersama..last tau opie dpt sorg adk girl..now entah dh brp ank dorg sbb x follow |
|
|
|
|
|
|
|
dulun tita lagi mendonia dari keknik, now... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia hidup sederhana je. Pernah jmpa dia depan2 , dia takde poyo2 tnjuk mcm org kenal dia lah...
Biar karya lebih menonjol. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka tgk tita ngan nasT..nmpak mcm nasT in love sangat ngan tita sampai sanggup tinggalkan dunia badboynya |
|
|
|
|
|
|
|
Tingat Nas ngan abil dulu. Frust teroks si abil hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Bini dia atita sejenis keknis jugak anak dh ramai tp badan still maintain je. Anknya opie pun dah besar tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Taste sgt body heols |
|
|
|
|
|
|
|
Baca sini terus terdetik nak jengah ig tita…dah tiga anak dia. Dengan nast pun dapat perempuan dua org. |
|
|
|
|
|
|
|
supersudoku replied at 25-6-2023 04:06 AM
Tingat Nas ngan abil dulu. Frust teroks si abil hehe
Nas mmg taste janda ya |
|
|
|
|
|
|
|
crush pertama..frust mse dia nk kawen tp cpt2 sedar diri...btiang2 kot kne tggl dek tita..
moga abu bhgia dgn tita yer. |
|
|
|
|
|
|
|
KikiHadid replied at 24-6-2023 11:15 PM
Igt dulu masa dia & tita declare rs mcm x percaya je tita pilih dia sbb nmpk mcm badboy..ternyata sm ...
2 org anak tita dgn nas t ni, semua perempuan, tita pun dah tudung labuh skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Suka tengok bini dia. Comel benor. Good guy la kot dia ni walaupun muka ala2 bad boy gittew |
|
|
|
|
|
|
|
serious ai tatau yg mamat ni dh kawen... |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum adanya aedy... heols la pojaan teenagerz dolu2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Fuhhh.. badboy zmn iols ni. Tp mmg taste sgt laa dia dedulu. Just dia rendah je. Kalo tinggi mmg aummm... |
|
|
|
|
|
|
|
Suka tgk nas berlakon..
Hr tu tgk kt drama liar..walaupun watak tambahan je tp best je dia berlakon...sama mcm nadiya nisa bw watak apa pun menjadi |
|
|
|
|
|
|
| |
|