CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tujuh Kampung Baru di Malaysia dicalonkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' Unesco

[Copy link]
Post time 24-6-2023 02:34 PM | Show all posts |Read mode
Tujuh Kampung Baru di Malaysia dicalonkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' Unesco


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



NGA Kor Ming ditemui media ketika hadir meninjau Perkampungan Berapit di sini. FOTO Danial Saad




Bukit Mertajam: Tujuh daripada 613 Kampung Baru di seluruh negara dicalonkan untuk diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (Unesco).

Ia terdiri daripada Kampung Baru Berapit, di sini, diikuti enam lagi Kampung Baru membabitkan Selangor, Perak, Melaka dan Johor.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, tujuh kampung itu dipilih oleh Jabatan Warisan Negara berdasarkan kelayakan yang membolehkan tersenarai dalam pencalonan berkenaan.

Berikutan itu katanya, pelbagai langkah termasuk kerja menaik taraf perlu dilaksanakan bagi membolehkan salah satu Kampung Baru di negara ini mendapat pengiktirafan terbabit menjelang 2026, selepas Bandaraya Georgetown dan Melaka.

"Jabatan Warisan Negara telah memilih tujuh daripada 613 Kampung Baru di seluruh negara sebagai wakil (Malaysia) untuk memohon status Tapak Warisan Dunia Unesco.

"Dalam hal ini, sekiranya berjalan lancar menjelang 2026 akan ada lagi pengiktirafan iaitu Kampung Baru dalam negara ini dapat diangkat sebagai warisan dunia selepas Bandaraya Georgetown dan Melaka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Kampung Baru Berapit, di sini, hari ini.

Dalam lawatan itu, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan RM4.02 juta bagi melaksanakan 22 projek menaik taraf Kampung Baru seluruh Pulau Pinang.

Kor Ming berkata, peruntukan itu disalurkan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang akan melaksanakan 19 projek bernilai RM2.88 juta.

"Manakala selebihnya iaitu RM1.13 juta diberikan kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi melaksanakan tiga projek termasuk pembangunan infrastrukur dan pengukuhan sosioekonomi.

"Projek naik taraf juga membabitkan dewan orang ramai, balai raya, gelanggang bola keranjang, landskap, tandas awam, pondok pintu gerbang dan pintu gerbang," katanya yang memaklumkan Pulau Pinang keseluruhannya mempunyai 14 Kampung Baru.

Pada masa sama, Kor Ming turut mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM660,000 bagi kerja-kerja menurap jalan (RM140,000), naik taraf medan selera (RM500,000) dan pemasangan kipas siling medan selera (RM20,000).



Disiarkan pada: Jun 24, 2023 @ 2:02pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.486754 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list