CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 494|Reply: 4

Takut-Takut Nak Test Drive Saga Bereben, Ibu Tunggal Meleleh Air Mata Bila Dapat Geran

  [Copy link]
Post time 23-6-2023 06:37 PM | Show all posts |Read mode
Kejutan anak-anak buat ibu ketika memandu uji kereta menjadi apabila ia bertukar menjadi drama air mata sebaik mengetahui kenderaan tersebut sudah pun menjadi miliknya.


Kelihatan si ibu terpinga-pinga selepas penasihat jualan menyerahkan sijil pemilikan kenderaan tertera namanya.


Berkongsi cerita kepada mStar, Nur Atikah Mohamed Nassuruddin berkata, kejutan dibuat di sebuah pusat pameran kereta di Alor Setar, Kedah pada Sabtu lalu.




mStar




Menurut Atikah, ibunya Asiah Said yang berusia 63 tahun selama ini memandu kereta dengan transmisi manual.


"Kasihan tengok mak bawa kereta manual. Dia tak nak beli kereta baharu sebab katanya dah tua. Kami anak-anak risau mak sakit lutut kalau memandu kereta manual terlalu lama.


"Jadi saya berazam untuk belikan kereta automatik iaitu sebuah Proton Saga bagi memudahkan pergerakan dia," katanya ketika dihubungi mStar.


Berusia 37 tahun, Atikah berkata rancangan untuk membawa ibunya memandu uji kereta dibuat bersama suami dan adik-beradik lain.


"Suami kononnya nak pergi ambil barang dekat kawan dia di situ, dan saya ajak mak pergi test drive. Mak memang berkenan selepas nampak kereta Saga merah dalam showroom tu.


"ada mulanya dia keberatan nak naik sebab tak nak kotorkan kereta orang. Mak betul-betul tak sangka kereta yang disangka kepunyaan orang tu sebenarnya untuk dia," ujarnya yang berasal dari Alor Setar.


Mengulas lanjut, anak sulung daripada lapan beradik itu sebak menyaksikan ibunya yang merupakan pesara kerajaan menangis ketika menerima kejutan hadiah kereta baharu.


"Mak terharu tapi kami adik-beradik lagi sebak. Mak merupakan ibu tunggal, dah 10 tahun selepas pemergian arwah ayah yang meninggal dunia secara mengejut.




mStar




"Dia seorang ibu yang penyayang, berusaha keras membesarkan adik-beradik terutama adik-adik yang semuanya menyambung pengajian ke universiti dalam dan luar negara.


"Malah sebelum ayah meninggal lagi, mak sudah bersusah payah untuk kami. Mak sanggup pergi kerja naik bas, dan naik motor sebelum bertahun-tahun bawa kereta manual," katanya.


Atikah yang berkhidmat sebagai guru sekolah menengah turut menjelaskan antara sebab lain dia menghadiahkan kereta tersebut kerana pengorbanan ibunya yang menjaga neneknya.


"Saya tengok susah payah mak jaga nenek yang berusia hampir 100 tahun dan menghidap Alzheimer. Nampak kesanggupannya untuk menjaga ibunya.


"engorbanannya mendorong saya untuk membalas jasa, dan berharap nanti anak-anak saya juga melakukan perkara yang sama kepada saya," katanya yang mempunyai seorang cahaya mata.


Berpengalaman sebagai guru selama 11 tahun, kata Atikah, dia juga sering menasihatkan pelajar-pelajarnya supaya berbakti kepada ibu bapa semasa hayat mereka.




  



"Sebagai anak, kita kena bahagiakan mak ayah. Jangan berkira kerana rezeki Allah itu sangat luas. Walaupun hanya beri RM10, itu pun sudah cukup membahagiakan mereka.


"Dengan pemberian kereta ini juga memudahkan lagi pergerakan mak untuk pergi ke kuliah dan solat di masjid, hampir setiap hari. Moga ada keberkatannya, insyaAllah," katanya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2023 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati2 makcik..dah biasa bawak manual,tiba2 guna auto..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2023 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 23-6-2023 08:43 PM
Hati2 makcik..dah biasa bawak manual,tiba2 guna auto..

Orang berumur yang tak biasa bawa auto,baik bagi yang advance, selamat sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2023 12:00 PM | Show all posts
geng geran di tangan hadir..

padahal sekarang kalo beli kereta memang dapat geran terus..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 02:10 AM | Show all posts
syukurlah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.059964 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list