CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5012|Reply: 64

Ibu Shuib Puji Watie Banyak Persamaan Dengan Siti Sarah "Suka Melayan Saya, Kena Marah Pun Datang Minta Maaf, Pelupa"

[Copy link]
Post time 23-6-2023 03:00 PM | Show all posts |Read mode
Ibu Shuib, Salamiah Jalani bersyukur kerana akhirnya anak lelakinya itu terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas pemergian isterinya, Siti Sarah pada dua tahun lalu.


Katanya bukan mudah untuk Shuib menerima wanita lain dalam hidupnya selepas bergelar bapa tunggal kepada empat orang anak.


Foto: IG




“Alhamdulilah bersyukur sangat sebab shuib dah terbuka hati terima orang lain dalam hidupnya sekaligus menggantikan ibu untuk anak-anaknya.


“Sebelum ini tak dinafikan dia tidak yakin untuk berumah tangga lagi kerana dia bukan sahaja memikirkan tentang dirinya sahaja malah anak-anaknya juga.


“Saya nasihatkan kalau dapat pasangan yang baik apa salahnya. Ternyata Watie seorang wanita yang baik serta bersabar dengan anak-anak,” katanya.




  



Tambah ibu Shuib lagi, Watie seorang wanita yang mempunyai banyak persamaan dengan arwah Siti Sarah.


“Ciri-ciri Watie ni sebenarnya banyak persamaan dengan arwah (Siti Sarah). Iyalah, saya pun bukan orang yang baik kalau saya tak suka saya terus je marah tapi dia macam arwah kalau kita marah dia masih lagi datang kepada kita dan meminta maaf.


“Sikap lucu lain yang sama dengan arwah adalah Watie ni pelupa. Kalau tengok telefon tu dia akan fokus sampai tak peduli orang panggil. Tapi saya selalu ingatkan dia tak boleh begitu.


“Lagi satu apa yang sama adalah dia seorang yang suka melayan saya setiap kali datang ke rumahnya. Seperti arwah juga kalau saya teringin hendak makan apa-apa, dialah orang yang sibuk akan dapatkan atau masakan untuk saya.


“Saya harap hubungan mereka ini berkekalanlah dan mereka hidup bahagia,” kongsinya lagi.




  



Majlis pernikahan Shuib dan Watie bakal diadakan di Shah Alam dan Gempak merupakan media rasmi yang membuat liputan berkenaan pada malam ini.


Majlis itu juga bakal disiarkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis dan perjalanan cinta pasangan itu berjudul Walimatulurus Shuib dan Watie.




  



Program tiga episod itu akan menemui penonton secara eksklusif bermula pada 24 Jun ini, jam 9 malam di Astro Ria.


Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam pada 6 Mei lalu.


Pada April lalu, Shuib mengesahkan bakal memperisterikan Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda.




  



Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.


Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.


  



Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19. -CARI


Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2023 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh br terbongkar rupanya acik ni suka membabukan menantu. Skrg ni watie dtg la minta maaf kat ko. Ko tunggu la lagi 2,3 tahun pulak. [em:22:] takkan sama semua menantu la. Gituh hati hitam iol.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaga2 makcik. Belum dapat anak makcik lg boleh la nak layan perangai takbaik makcik tu, dah dpt kalu bye2 makcik. Time tu jangan nak kenang arwah menantu tuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
In tektek, we trust.

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 03:20 PM | Show all posts
mak watie ke tu? Aiyoo makcik udah2 la tu. Dah tua dah buat apa nak main dress up mcm budak2 muda
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Halah Halah... Macam la dah bermenantu 10 20 tahun...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2023 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Achik, siti sarah tu dulu waktu awal dengan soeb dulu, soeb tu takde apa pun. Dia ikhlas sayang anak achik. Dan iols yakin dia sayang achik sepenuh hati.

Tapi watek, hurmmmm…
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Aneem at 23-6-2023 03:31 PM

Acik tak ckp pun muka tetek mengingatkan acik masa zaman moda2 dulu. Begitulah rupaku kecuali tetek kami berbeza.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2023 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
CoffeeOverdose replied at 23-6-2023 03:11 PM
Oh br terbongkar rupanya acik ni suka membabukan menantu. Skrg ni watie dtg la minta maaf kat ko. Ko ...

Rasanya watie x tgu 2@3 tahun... Tunggu 2@3 bulan... Tengok masa tu watie rajin layan makcik mencapup ni ke tak...
Dulu ngan siti sarah bleh la dia buli sbb siti sarah sedar dia x lawa mane...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu sarah tu xde mak..tu yg dia layan baik mil dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 03:44 PM | Show all posts
prizadane replied at 23-6-2023 03:23 PM
Achik, siti sarah tu dulu waktu awal dengan soeb dulu, soeb tu takde apa pun. Dia ikhlas sayang anak ...

betul setuju ngn umasa tu soeb biasa2 je
wedding pun biasa2...x ada pun soeb dulu

ni dia cakap wat tu tgk fon fokus je panggil pun x sedar
haaaaaa nasib la

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Suci_Murni replied at 23-6-2023 03:37 PM
Rasanya watie x tgu 2@3 tahun... Tunggu 2@3 bulan... Tengok masa tu watie rajin layan makcik menca ...

Sarah tu masih bertiang lagi lawa dari watek ni. Kurang-kurang dia comel genit gitu. Watek ni kalau tak pakai tudung, confirm aku ingat dia spesis sajat
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 03:53 PM | Show all posts
Sepatutnya sbg mak mertua/org tua, makcik bg jawapan yg diplomasi sikit. "Makcik terima baik buruk bakal menantu & menantu makcik. masing-masing ada kelebihan & kekurangan. makcik sayang semua mcm anak makcik sendiri" githewwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 04:09 PM | Show all posts
alah makcik awal lagi nk puji2.. tunggu ler lama sikit baru nampak perangai, ni jadi menantu pun belum, mmg ler baik semuanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 04:18 PM | Show all posts
macam banyak songeh je makcik ni
gud luck je lah watie

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Suci_Murni replied at 23-6-2023 03:37 PM
Rasanya watie x tgu 2@3 tahun... Tunggu 2@3 bulan... Tengok masa tu watie rajin layan makcik menca ...

TBH, aku tak suka vibe mak shoebb ni. Mcm sgt negatif dan giler perhatian. Nak berebut limelight dgn menantu. Harap2 watie ni ganas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ape kena mngena pelupa dgn focus tengok phone? kalau i jd watitek tak suka i disamakan dgn org lain.. i akan rasa mcm dorg tak terima i seadanya gituhh smpai nk compare compare kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 04:37 PM | Show all posts
up komen macam anak kau superstar paling hensem dalam malaysia ye nak kena layanan terbaik bagai..... acah2 mak mentua yang hauk jugak ni...pembuli.. nak orang layankan dia macam permaisuri jugak ni gayanya.. harap-harap bertemu buku dengan ruaslah ngan watetek ni... dulu ngan arwah tak pandai melawan kan... haa kau tunggu ye makcik..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 04:44 PM | Show all posts
Bantalkuning replied at 23-6-2023 04:25 PM
ape kena mngena pelupa dgn focus tengok phone? kalau i jd watitek tak suka i disamakan dgn org lain. ...

tunggu dah sah, mesti watietek komplen dekat soeb, pesan dengan mak u, jangan nak samakan i dengan arwah wife u yea..  t.i.t.i.k!!


Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2023 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang la menantu kena layan mertua, kena merendah diri dengan mertua. Awal sangat ni macik nak puji. Simpan dulu pujian tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.058041 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list