CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Kedah] UUM di kedudukan 99 universiti terbaik Asia

[Copy link]
Post time 23-6-2023 10:31 AM | Show all posts |Read mode
UUM di kedudukan 99 universiti terbaik Asia


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Jun 23, 2023 @ 9:50am  [email protected]




Foto hiasan




ALOR SETAR: Universiti Utara Malaysia (UUM) tersenarai dalam kelompok 100 universiti terbaik Asia, dengan menduduki kedudukan ke-99 dalam senarai dikeluarkan Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2023 malam tadi.

Dalam tempoh tiga tahun sejak 2021, UUM berjaya membuat lonjakan 56 anak tangga sehingga berada dalam kelompok 100 universiti terbaik Asia.

Pada tahun ini, UUM berada di kedudukan ke-99, berbanding 148 tahun lalu dan kedudukan ke-155 pada 2021.

UUM berkongsi kedudukan kali ini dengan tiga lagi universiti dari luar negara iaitu Jazan University, Arab Saudi; University of International Business and Economics, China dan Cankaya University, Turkiye.

Naib Canselor, Prof Dr Mohd Foad Sakdan, berkata lonjakan sehingga 56 anak tangga itu adalah hasil usaha dan komitmen warga UUM untuk bersama-sama menjadikan universiti itu sebagai Universiti Pengurusan Terkemuka dan dalam menjayakan Pelan Strategik UUM.

"Pihak pengurusan mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit dalam mencipta sejarah manis untuk UUM, terutamanya kepada Naib Canselor sebelum ini, Timbalan Naib Canselor dan semua warga UUM.

"Kedudukan UUM dalam senarai 100 universiti terbaik di Asia ini membolehkan universiti untuk bergerak jauh ke hadapan bagi meluaskan lagi jaringan di peringkat nasional dan antarabangsa.

"Kejayaan ini juga pastinya tidak mampu dicapai tanpa sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang memberi sokongan kepada UUM untuk terus merealisasikan visi dan misi UUM," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Foad, lonjakan besar UUM ini juga didorong oleh peningkatan dalam impak sitasi (citation impact), khususnya.

Times Higher Education (THE) Asia University Rankings yang dikeluarkan secara tahunan menyaksikan sebanyak 669 universiti seluruh Asia disenaraikan bagi penarafan 2023.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.105998 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list