CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 0

[Perlis] Kem penempatan, kubur Wang Kelian: 4 dihadapkan ke mahkamah esok

[Copy link]
Post time 22-6-2023 11:08 PM | Show all posts |Read mode
Kem penempatan, kubur Wang Kelian: 4 dihadapkan ke mahkamah esok


Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my



KUBUR di kem penempatan Rohingya di Bukit Genting Perah, Wang Kelian yang ditemui pada 2015. FOTO arkib NSTP




Kuala Lumpur: Empat warga Thailand diekstradisi ke negara ini untuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis, esok.

Ia bagi pendakwaan membabitkan kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis pada Mei 2015.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand sudah menjalankan siasatan untuk mengesan dan mengenal pasti pihak bertanggungjawab dalam kes itu.

Katanya, hasil siasatan dijalankan, Kerajaan Malaysia mengemukakan permintaan ekstradisi kepada Kerajaan Thailand ke atas 10 individu warga Thailand pada 6 Januari 2017.

"Sepanjang tempoh lebih enam tahun ini, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand berusaha untuk mengesan semua individu itu bagi melaksanakan proses ekstradisi.

"Hasil kerjasama baik antara kedua-dua negara, empat daripada 10 individu berkenaan berjaya dikesan dan dihadapkan ke mahkamah Thailand bagi tujuan ekstradisi.

"Kes ekstradisi ini berjalan di pelbagai peringkat mahkamah di Thailand dan Mahkamah Rayuan Thailand pada 30 Mac lalu sebelum akhirnya perintah penahanan ke atas keempat-empat individu itu dikeluarkan untuk diserahkan kepada Malaysia," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Saifuddin berkata, berdasarkan perintah Mahkamah Rayuan Thailand, penyerahan keempat-empat individu terbabit dilaksanakan, hari ini.

"Kesemua individu terbabit sudah berada di Malaysia dan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis pada 23 Jun 2023 (esok) bagi tujuan pertuduhan," katanya.

Katanya, Kerajaan Malaysia amnya dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Thailand dan semua pihak yang terbabit dalam memastikan proses ekstradisi bagi kes Wang Kelian berjalan lancar.

"Kerajaan Malaysia juga berharap kerjasama ini dapat diteruskan bagi menjejaki individu-individu lain yang terbabit untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

"KDN sentiasa komited dalam menjaga keselamatan sempadan negara dan memandang serius isu-isu jenayah rentas sempadan khususnya jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran.

"Usaha berterusan melalui operasi bersepadu oleh agensi-agensi penguatkuasaan sentiasa dititikberatkan demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara," katanya.

Pada Mei 2015, Malaysia dikejutkan dengan penemuan kem dan kubur di Wang Kelian yang menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat dari dalam dan luar negara.



Disiarkan pada: Jun 22, 2023 @ 4:32pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 6789 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.049336 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list