CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

[Perlis] Mahkamah Majistret tolak permohonan reman terhadap Ustaz Husam

[Copy link]
Post time 22-6-2023 09:25 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah Majistret tolak permohonan reman terhadap Ustaz Husam


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



AHMAD Husam (bertopi dibawa keluar daripada perkarangan Kompleks Mahkamah Kangar selepas dibebaskan dengan jaminan polis. FOTO Aizat Sharif




Kangar: Mahkamah Majistret Kangar hari ini, menolak permohonan reman daripada polis terhadap pendakwah bebas terkenal, Ahmad Husam Muhamad Baderudin bagi membantu siasatan kes tipu dengan menyamar menggunakan gelaran Datuk yang tidak diiktiraf.

Permohonan perintah reman terhadap ustaz berusia 33 tahun dan berasal dari Kodiang, Kedah itu ditolak oleh Majistret Siti Hasliza Md Ali selepas mengambil maklum alasan yang dikemukakan oleh peguam yang mewakilinya.

Ahmad Husam diwakili peguam Nur Iman Nor Azmi, Siti Hajar Ahmad dan Zuhair Ahmad Zakuan dan Nurul Hanani Che Nor.

Menurut Nur Iman yang mengetuai barisan peguam berkata, pihaknya membantah permohonan reman daripada polis kerana tiada keperluan bagi menahan anak guam mereka untuk satu tempoh yang lama.

"Ustaz Ahmad Husam sudah bebas dengan jaminan polis namun kami sudah beri aku janji untuk beri kerjasama kepada polis sekiranya dipanggil selepas ini.

"Untuk ke hadapan, kita akan berbincang dengan pihak anak guam kami untuk tindakan selanjutnya," katanya di ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kangar, di sini hari ini.

Terdahulu, suspek tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 9.30 pagi diiringi anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata, suspek ditahan semalam selepas dipanggil untuk memberikan keterangan di Balai Polis Kangar sekitar jam 1 tengah hari berhubung kes berkenaan.

"Suspek ditahan berhubung satu laporan polis yang dibuat pada pada 2 Mei lalu apabila seorang pelanggan sebuah kedai makan di Jalan Kaki Bukit, Kangar terbaca satu hantaran yang dimuat naik oleh suspek.

"Hantaran berkenaan dimuat naik sekitar jam 10 malam pada hari sebelumnya oleh suspek pada Facebooknya serta mempunyai seramai 306,000 pengikut.

"Berdasarkan pada hantaran berkenaan, suspek menggunakan gelaran dan anugerah 'Datuk' pada profil akaun Facebook dan pada paparan poster tertera nama beliau yang menggunakan gelaran berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, sehubungan itu tiga kertas siasatan dibuka polis bagi menyiasat laporan berkenaan.

"Suspek disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia.

"Selain itu, kita turut membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 3(2) Akta Kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 2017," katanya.



Disiarkan pada: Jun 22, 2023 @ 2:30pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.051469 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list