View: 818|Reply: 4
|
Mengelat Bayar Duit Kutu RM5,000, Tak Pasal-Pasal Tahan Malu Tetamu Tagih Hutang Atas Pelamin
[Copy link]
|
|
Mungkin segelintir dari masyarakat pernah merasakan sakitnya apabila ada peserta 'duit kutu' mengelat daripada membuat bayaran sebaik wang diperolehi sedangkan pusingan belum habis.
Bagaimanapun, Ayu mempunyai cara tersendiri untuk menuntut semula hutang kutunya selepas setahun bersabar.
Jelasnya, dia bersama beberapa individu lain terjerat dengan taktik seorang perempuan yang enggan melunaskan baki kutu, padahal mereka semua sudah memasukkan duit sekitar RM5,000 seorang.
Keluarga sudah dihubungi, namun usaha itu ibarat mencurah air ke daun keladi. Justeru, ketika si penipu bernama Dewi sedang melangsungkan persandingan, Ayu muncul untuk menagih hutang lama.
Setelah melihat kelibat Ayu, pengantin wanita terbabit mula terkulat-kulat dan menjelaskan hal sebenar kepada suaminya.
Si suami cuba bercakap baik-baik sebelum Ayu turun semula dari pentas.
Meskipun ada yang beranggapan tindakannya itu mengaibkan pengantin di hari bahagia, Ayu akui dirinya terpaksa berbuat demikian untuk mendapatkan semula duitnya.
Difahamkan, Ayu nekad berbuat demikian ekoran laporan polis yang dibuat tetap tidak menyelesaikan masalah dihadapinya itu.
Sumber: Kisah Dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Aib jugak yg diperslahkan.... Kesian aib |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tekan video keluar cte kak km zzz |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi mmg banyak spesis hat mcm ni, nak duit cepat. Sebulan dua tu main cantik last2 time dh dpt turn dia, boleh senyap sunyi. Pastu alasan guna duit pasal etc etc. Nak report, mmg polis tak ambik report pasal kutu kan, tu la boleh lepas sokmo. |
|
|
|
|
|
|
|
Aib ke hulu, aib ke hilir *roll eyes |
|
|
|
|
|
|
| |
|