CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 518|Reply: 2

Perbicaraan Kes Ditangguh: Yasin Sulaiman Masih Di Hospital Bahagia, Laporan Kesihatan Mental Belum Siap

[Copy link]
Post time 22-6-2023 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Perbicaraan kes Yasin Sulaiman ditangguhkan susulan laporan kesihatan mental dari Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak masih belum diperolehi.


Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Muhamad Amin memberitahu Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Khamis tertuduh masih berada di hospital berkenaan untuk pemerhatian lanjut terhadap kesihatan mentalnya.


"ihak kami dimaklumkan laporan psikiatri belum sedia. Orang kena tuduh (OKT) juga tidak dibawa (ke mahkamah) hari ini. Jadi pihak kami memohon satu lagi tarikh lagi bagi sebutan laporan psikiatri," katanya.


Foto: mStar




Hakim Nik Hasimah menetapkan tarikh 6 Julai ini bagi sebutan semula laporan psikiatri Yasin.


Sementara itu, peguam tertuduh iaitu Ariff Azami memaklumkan laporan kesihatan anak guamnya masih dalam proses untuk disiapkan.


"Laporan psikiatri seperti diperintah mahkamah lalu, ia masih dalam proses disiapkan hospital.


"Mengikut undang-undang, hospital mempunyai masa maksimum dua bulan untuk siapkannya. Tiada bantahan untuk satu lagi tarikh sebutan," ujarnya.


Tambahnya, pemerhatian juga perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin layak dibicarakan atas pertuduhan yang dihadapinya.


Pada prosiding bertarikh 8 Mei lalu, Yasin diarahkan menjalani pemerikasaan Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan selepas hakim membenarkan permohonan pihak pembelaan tertuduh mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.


Tambahnya, pemerhatian juga perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin layak dibicarakan atas pertuduhan yang dihadapinya.


Penyanyi lagu Mimpi Laila itu sebelum ini berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram dan didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah.


Manakala pertuduhan ketiga dia didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 02:46 PM | Show all posts
siannya tengok dia... dari herlok terus nampak kecut macam azhar sulaiman... macam roh kena sedut... tapi roh si acik nora ariffin tu dah takde pun masih gemuk gedempol siap pakej sondol laki orang...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2023 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
gelak baca komen kat atas ni haaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-3-2025 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.543782 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list