CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 253|Reply: 1

50 Kambing Korban Berguling Di Jalan Raya Lepas Lori Terbalik

[Copy link]
Post time 22-6-2023 10:12 AM | Show all posts |Read mode
50 ekor kambing untuk ibadah korban sempena Aidil Adha tercampak di jalan berikutan sebuah trak pikap terbalik di kawasan jalan berhampiran tol Madiun di Solo.


Ketua Unit Lalu Lintas Polis Jawa Timur, Puguh Winarno berkata, kejadian berlaku ketika trak pikap dipandu Isdermawan Heru, 41, dalam perjalanan menuju ke Jawa Tengah dari arah Madiun.




TVOneNews





Namun tayar belakang lori itu tiba-tiba pecah menyebabkan kenderaan berkenaan berpusing dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum terbalik.


Puluhan kambing yang dibawa tercampak ke tengah jalan dan banyak yang cedera sementara beberapa ekor dilaporkan mati


“Tayar belakang bahagian kanan meletup, menyebabkan kenderaan itu terbabas ke kiri dan melanggar pembahagi jalan.


“Pemandu dan penumpang trak pikap itu hanya mengalami kecederaan ringan tetapi beberapa ekor kambing yang dibawa ada yang mati kerana tercampak ke tengah jalan.


“Banyak yang masih hidup pula kelihatan tidak bermaya dan ada yang tanduknya patah,” kata Puguh.


Menurut Puguh, pegawai unit trafik Ngawi dan petugas lebuh raya yang tiba di lokasi kemalangan segera membantu mengalihkan kambing-kambing yang terselamat ke bahu jalan dan menjalankan siasatan di tempat kejadian.


Kambing-kambing yang terselamat dilaporkan dipindahkan ke kenderaan lain dan segera dihantar ke daerah Solo.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2023 10:17 AM | Show all posts
kalo berlaku mcm ni duit korban tu kena pulang balik ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.100293 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list