View: 2390|Reply: 27
|
Dulu Sibuk Jaga Anak, Kini Yatt Hamzah Sedia Terima Tawaran Berlakon
[Copy link]
|
|
Hampir 10 tahun Yatt Hamzah berhijrah dalam imej baru selepas memulakan karier sebagai seorang model dan pelakon yang tidak bertudung.
Sedekad berlalu, Yatt Hamzah yang memulakan karier sejak 2002 merindui beraksi di hadapan kamera dan menyatakan kesediaan sekiranya ditawarkan sebarang watak bersesuaian dengan penampilannya sekarang.
“Sangat rindu sebab sudah lebih 10 tahun tak berlakon. Kalau kena dengan watak-watak yang bersesuaian saya terima seadanya.
IG
“Namun, sebelum ini ada kekangan sebab saya merupakan ibu sepenuh masa yang menjaga anak-anak di rumah. Buat perniagaan sendiri pun dari rumah sahaja. Itu yang menjadi halangan selama ini.
“Tetapi sekarang anak-anak sudah makin membesar dan mungkin tiada masalah kalau saya tinggalkan untuk keluar bekerja,” katanya.
Berkongsi pengalaman membesarkan anak, Yatt yang pernah popular menerusi drama Dunia Baru ini berkata, dia tidak pernah melepaskan tanggungjawab tersebut dengan mengupah pengasuh.
Bimbang dengan keselamatan, katanya, dia mahu anak-anak berada di bawah jagaan bersama suami sendiri.
“Selama ini memang saya fokus membesarkan anak-anak sendiri sebab itu jarang muncul di televisyen. Saya ini memang seorang ibu yang cerewet lebih-lebih lagi bab anak, kebersihan dan makanan.
“Risau juga hendak bagi orang lain jaga sebab nanti asyik teringat-ingat anak sendiri. Biarlah anak pada usia yang matang untuk ditinggalkan.
“Tambah pula pernah berlaku kes pada individu terdekat dengan saya. Ada kejadian yang berlaku sampai dia buat laporan polis disebabkan kesalahan pengasuh,” katanya.
Yatt ditemui ketika majlis sidang akhbar program Salam Baitullah yang bersiaran selama 15 episod di saluran TV1, Berita RTM, 123 My TV dan RTM Klik pada musim kali ini.
Bertemakan Penyucian Jiwa, Kemuncak Ibadah, ini adalah kemunculan semula dirinya dalam bidang pengacaraan selepas kali terakhir menjadi hos rancangan, lima tahun lalu.
“Sudah lama tak keluar televisyen jadi saya perlu membuat banyak persediaan. Antaranya saya menonton semula video-video rancangan yang lepas serta bertanya pengacara sebelum ini.
“Selain itu, saya perlu melatih diri dengan mengurangkan bahasa pasar dengan memantapkan perbendaharaan kata,” ujarnya.
Pada masa sama, Yatt juga terkejut apabila dirinya diberikan kepercayaan oleh pihak RTM mengendalikan segmen media sosial bagi rancangan tersebut.
“Saya ini baru sangat dengan TikTok. Kalau dulu ada pengikut yang ramai sehingga mencecah 700,000 dalam Instagram tetapi tiba-tiba hilang akibat digodam, tahun lalu.
“Rasa kecewa juga sebab bukan hilang pengikut semata-mata, tetapi banyak video kenangan sejak saya belum ada anak hingga sudah ada ramai anak,” katanya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Memang perlu eh, ramai pengikut?
Btw, dia ni kategori cantik juga la kan |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya kalau anak anak baca tgk mak kata anak anak sebagai halangan dan kekangan
Kenapa tak cakap boleh happily pilih untuk utamakan anak pada fasa tu dan sekarang ada ruang untuk kembali berlakon
Acik forum picisan pulak yg tolong elokkan bahasa acik acik selebriti. Maksud sama tapi nada beza kan gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Sorang lagi penonggeng agama..dah tak melekat lagi kat sejadah kau tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry la yattsejadah..kau jaga sendiri pun berapa kali anak kau jatuh. Masa kecik2 pulak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mestilah ko sibuk jaga anak kan sebab takut semua anak ko tu terjatuh dan kepala melekat kat sejadah atau lantai...
takut anak2 ternampak bayangan neraka dan cikki2 kena panggang dan kena siram dengan air coway panas dalam tu... siap pakej di rebus seperti sphagetti... gittuhhh...
baik ko terima tawaran kerja tu dari dulu...
know know anak ko tu tak habis2 terjatuh terguling tersembam... bermakna ko tak function as suri rumah dan penjaga budak... baik ko hire acik indon siti aisyah tu je jaga anak2 ko... orang tu jaga anak oku taiwan pun elok wangi je dari anak2 ko takde plak kes tersembam, terguling termelekat kat karpet bagai...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah tak pergi Syria ke... |
|
|
|
|
|
|
|
kena kerja balik lah ni.....berapa umur anak2 yg nak kena tinggal tu....jaga sendiri pun berapa kali jatuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh, berlakon cite Bercakap Dengan Jin.
Nnt leh sejadah berdiri ke, kepala lekat kt sejadah ke, jin jatuhkan anak dari katil ke |
|
|
|
|
|
|
|
Aik ig dia godam ke tp kenapa iols still following dia?
Mmg dh lama follow dia patutnya takde dahla kan ig tu kan? Ke auto follow eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
telracs replied at 21-6-2023 11:19 AM
Memang perlu eh, ramai pengikut?
Btw, dia ni kategori cantik juga la kan
kategori cantik juga dulu masa freehair pengacara pun okay tapi sejak cerai dgn yang first terus terkeluar perangai bimbo beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Lahhh yatt sejadah Lama nya xnmpak dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni yg berskandal ms msh jd isteri org, konon skandal minat jln dakwah yg sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Timbul balik dah dia ni
Ingatkan yatt dah jadi tukang urut juga dan punya kemahiran baca isi hati |
|
|
|
|
|
|
|
Takyoh berlakon le.. tak best. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua x berlakon. Lagipn sblm ni ko pn bukan pelakon top. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung jg anak pastu jg cucu. Xyah blakon. |
|
|
|
|
|
|
|
lah..hidup lagi dia ni...ingat dah syahid di Syria |
|
|
|
|
|
|
|
BBS (bunga bunga serai) ke ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|