CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 145|Reply: 0

[Kedah] Gagal seludup 100 guni benih kerang ke Thailand

[Copy link]
Post time 21-6-2023 12:18 PM | Show all posts |Read mode

Guni berisi benih kerang yang cuba diseludup ke Thailand menerusi perairan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah pada semalam.

ALOR SETAR – Cubaan seorang lelaki tempatan untuk menyeludup 100 guni benih kerang menggunakan bot ke Thailand gagal apabila ditahan penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kuala Kedah, di sini semalam.

Bot fiber tanpa nombor pendaftaran dikendalikan suspek ditahan bot ronda APMM yang sedang melakukan rondaan rutin Op Aman pada jarak kira-kira 0.5 batu nautika timur pesisir Padang Keria, Sanglang pada pukul 4.14 petang.

Pengarah Maritim Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, bot fiber itu didapati dalam keadaan mencurigakan sebelum suspek cuba memecut selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Bot tersebut berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan menemui 100 guni dipenuhi benih kerang seberat 1.5 tan bernilai RM10,000 yang disembunyikan di dalam ruang simpanan tangkapan hasil laut.

“Suspek dipercayai dalam perjalanan menuju ke sempadan negara untuk cubaan menyeludup benih kerang ke Thailand,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, bot, enjin dan benih kerang yang dianggarkan bernilai RM80,000 ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... kerang-ke-thailand/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.444588 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list