CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

[Terengganu] Bersengkang mata jaga adik terlantar akibat masalah saraf

[Copy link]
Post time 21-6-2023 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Seorang abang sanggup bersengkang mata setiap malam bagi menjaga adik lelakinya yang terlantar akibat jangkitan kuman dalam darah dan masalah saraf.

Fauzi Salleh, 46, berkata dia bersama isteri bergilir menjaga adik keenam daripada lapan beradik, Khairuddin, 32, yang terlantar sejak Mei tahun lalu.

Katanya, dia perlu menyedut kahak adiknya setiap waktu sebelum tugas itu diambil alih isteri pada sebelah siang.

Menurutnya, Khairuddin pada mulanya mengalami sakit sendi serta lemah badan dan sering meracau kesakitan sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan Mei tahun lalu.

Menurutnya, Khairuddin yang belum berkahwin dan bekerja sebagai juruteknik di Institut Teknologi Petronas, Batu Rakit, Kuala Nerus dimasukkan ke hospital sebelum dibenarkan keluar selepas kira-kira dua bulan dirawat.



SIVAKUMAR (dua kanan) yang melawat Khairuddin, yang terlantar akibat jangkitan darah dalam kuman dan masalah saraf di rumahnya di Kampung Banggol Tuan Muda. FOTO Zaid Salim

"Bagaimanapun, pada satu hari secara tiba-tiba dia rebah semula dan keadaannya semakin teruk serta dirawat di hospital.

"Dia memerlukan penjagaan rapi dan doktor membenarkan keluarga membawa pulang adik ke rumah ibu bapa di Kampung Bukit Nenas, Kuala Nerus.

"Memandangkan ibu Nawiah Rani 71, dan Salleh Abd Rahman, 82, sudah tua selain mengalami masalah pendengaran, saya dan isteri, Pharidah Ibrahim, 49, bersetuju menjaga Khairuddin dan membawanya pulang ke rumah Januari lalu," katanya.

Dia ditemui selepas menerima kunjungan Menteri Sumber Manusi, V Sivakumar di rumahnya di Kampung Banggol Tuan Muda, Manir, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fauzi yang bekerja sendiri bersyukur kerana mendapat bantuan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), sekali gus meringankan bebannya dalam menyediakan keperluan seperti lampin pakai buang, susu khas dan beg urin yang dianggarkan lebih RM3,000 sebulan.

"Selain barangan keperluan, Perkeso turut membayar faedah Pencen Ilat kepada kepada adiknya berjumlah RM670 sebulan dan Faedah Orang Tanggungan sebanyak RM500.

"Alhamdulillah, dengan bantuan Perkeso, ia sangat membantu meringankan beban saya yang dalam masa perlu menyediakan keperluan keluarga termasuk tiga anak, Nurin Fitriah Alia, 18, Nurin Qistina, 16, dan Nurin Qaleesya, 12," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kibat-masalah-saraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.407766 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list