CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 185|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mahkamah tolak saman Guan Eng terhadap Teik Cheng, The Star

[Copy link]
Post time 21-6-2023 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Mahkamah tolak saman Guan Eng terhadap Teik Cheng, The Star


Jun 21, 2023 @ 11:38am



Lim Guan Eng.



GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi di sini menolak saman fitnah difailkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap Naib Presiden MCA, Tan Teik Cheng dan sebuah akhbar berbahasa Inggeris.

Keputusan itu dibuat Hakim Quay Chew Soon selepas mengambil kira ulasan yang ditulis Teik Cheng dalam akhbar The Star mengenai Guan Eng dan pembiayaan untuk sekolah Cina tahun lalu sebagai komen adil dan bukannya bersifat fitnah.

Sehubungan itu, mahkamah mengarahkan Guan Eng membayar kos RM20,000 dan RM30,000 terhadap Teik Cheng dan The Star.

Peguam mewakili Guan Eng, K Simon Murali, berkata anak guamnya akan membuat rayuan terhadap keputusan terbabit.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 1.267197 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list