CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9566|Reply: 114

Pembohongan UPCO!!

[Copy link]
Post time 16-12-2010 11:23 PM | Show all posts |Read mode

Salam 2 all.

Hari ini Khamis 09 Muharram 1432/ 16 Disember 2010 Parlimen bersidang untuk membawa usul menggantung beberapa Ahli Parlimen pakatan pembangkang kerana isu berkaitan pembohongan didalam Dewan mengenai isu APCO. Dan usul itu telahpun diluluskan dan mereka digantung 6 bulan sebagai Ahli Parlimen.

Sebenarnya teman malas nak kupas isu APCO ini kerana teman tau dari awal-awal lagi ianya satu pembohongan. Malahan semasa masih lagi sebagai Ahli Parlimen PKR, teman telah membantah penggunaan isu APCO ini kerana ianya satu pembohongan. Sebab itu teman langsung tidak mahu terlibat dengan isu APCO ini. Pada teman, isu APCO telah diputarbelitkan memberi gambaran seolah-olah Malaysia telah dipengaruhi oleh Israel melalui APCO. Disebut antara lain kononnya pasukan Polis DiRaja Malaysia juga sudah diresapi oleh Israel melalui APCO di Bukit Aman!

Sebenarnya APCO yang disebut di Bukit Aman itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai "American Protocal Communication Outfit" - singkatannya APCO (gambar atas adalah logo badan tersebut). Ianya adalah satu sistem komunikasi terutamanya sistem perhubungan walkie-talkie. Contohnya produk terbaru yang dikeluarkan oleh APCO ini ialah APCO-25, satu jenis walkie-talkie digital (gambar sebelah adalah contoh walkie-talkie keluaran APCO). Sedangkan walkie-talkie lama (keluaran Sweden tak silap teman) menggunakan sistem monolog.

Maknanya perkataan APCO yang muncul didalam Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia ialah nama APCO membabitkan satu sistem komunikasi. Ianya langsung tiada kena mengena dengan nama APCO Worlwide yang kononnya dikuasai oleh Israel. Walaupun singkatannya sama, tetapi ianya dua entiti APCO yang berbeza dan tiada kena antara satu sama lain, hanya kebetulan singkatannya sama - APCO!!

Dan berkaitan syarikat APCO Worlwide yang diputarbelitkan sebagai firma penasihat Kerajaan Malaysia, adalah sangat jelas ianya langsung tidak ada kena mengena dengan penguasaan Israel atau Yahudi. APCO Worldwide adalah sebuah syarikat perunding dipunyai oleh sebuah firma guaman Arnold & Porter Company, sebuah syarikat guaman yang sangat terkenal di Washington. Firma guaman tersebut telah menubuhkan sebuah syarikat perunding untuk kesemua klien yang memerlukan khidmat-rundingcara.

Maka tertubuhlah APCO (menggunapakai singkatan nama firma tersebut), dengan rakankongsi utama firma tersebut, Margery Krause menjadi Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif APCO. Ianya adalah sebuah syarikat yang dikuasai oleh golongan wanita. Dan bagi tujuan khidmat-rundingcara, APCO melantik beberapa konsultan dari pelbagai latarbelakang samada bekas Presiden, bekas Hakim, bekas Menteri, dengan latarbelakang kepakaran ekonomi, kewangan, kenegaraan, agama, dan banyak lagi.

Oleh itu, dakwaan kononnya APCO dikuasai oleh Yahudi dan Israel adalah langsung tidak benar. Ianya pembohongan semata-mata. Dan menyatakan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman dikuasai oleh APCO ternyata adalah putarbelit dan pembohongan semata-mata. Hanya kerana nama serupa semata-mata, maka nama APCO Worlwide & APCO Communication telah diputar-putar dan dibelit-belitkan!!

Adakah hanya kerana slogan "1-Malaysia" dan "One-Israel" kelihatan sama, maka terus kita putarkan menjadi kononnya ianya sama, dan Malaysia sudah dipengaruhi dan diresapi Yahudi?

dengan slogan "PAS 4 All" dengan slogan "Israel 4 All"? Adakah wajar jika ada orang menuduh PAS telah dipengaruhi dan diresapi oleh Yahudi & Israel hanya kerana persamaan itu? Tidak sepatutnya bukan. Bagaimana pula dengan lambang "Satu-Mata" Illuminati Yahudi dengan lambang "Satu-Mata" Parti Keadilan. Adakah wajar kalau orang menuduh PKR dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi hanya kerana persamaan logo? Walaupun sekarang sudah terdedah satu dunia bagaimana pemimpin yang ditabal oleh bini dia sendiri sebagai anugerah tuhan terpaksa berlutut memohon maaf kepada Yahudi di Amerika kerana menyinggung perasaan yahudi apabila pemimpin anugerah tuhan ini mempolitikkan dan memutarbelitkan isu APCO! Pokok pangkalnya, kalau kita tidak mahu orang putar-belitkan slogan kita, janganlah kita putarbelitkan orang lain!! Pendekkata, janganlah berbohong dan kelentong! Siakap senohong ikan duri, kuat berbohong berangan nak jadi perdana menteri!
Apa yang penting, kita sebagai umat Islam khususnya wajib mendasarkan rujukan kita kepada Al Quran & Sunnah. Surah Al Hujurat: 6, "sekiranya datang kepada kamu berita daripada fasik, janganlah kamu pecaya, tetapi periksalah dahulu, janganlah kamu mengambil tindakan terhadap sesuatu kaum atas berita itu kelak nanti kamu yang menyesal".

Adalah jelas mereka adalah pembohong dan pemutar belit dalam nisu APCO. Mereka berbohong tentang 16 Sept! Satu dunia tahu tentang pembohongan dan penipuan 16 Sept, tetapi yang pelik mengapa masih ada golongan yang menjadi "summum bukmum umyum faahum - pekak, bisu dan buta" kepada pembohongan dan penipuan yang begitu jelas depan mata kita. Bila melihat gelagat golongan ini, barulah teman faham mengapa Fir'aun ada pengikutnya, Haman ada pengikutnya, Namrud ada pengikutnya, Kamal Attarturk ada pengikutnya. Kerana sudah disuratkan oleh ALLAH akan ada manusia yang akan terus didalam kesesatan, bak kelkatu yang terpukau dengan cahaya yang akan membunuhnya! Maka menjadi tanggungjawab para pejuang dan pendakwah Islam yang sebenar untuk membawa dan membimbing mereka yang sesat ini kepangkal jalan.
Yang baik dan benar itu semuanya daripada ALLAH, dan yang tidak itu adalah daripada kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH terus memberikan nikmat hidayah dan petunjuk serta kepampunan kepada teman dan kita semua.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
10 Muharram 1432
16 Disember 2010
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2010 11:48 PM | Show all posts
nape xde org balas??

thread ni dah ade ke??
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 12:05 AM | Show all posts
thread ni kene masuk board politik la rasanye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2010 12:10 AM | Show all posts
nape plak??ko baru bangun tido ker??

si zul baru post kat blog dia dan isu nih tengah hangat
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 12:45 AM | Show all posts
Aku rasa, ini bukan isu politik. Ini lebih kepada isu keselamatan negara yang di war warkan satu ketika dahulu. Mengenai pembabitan Pengintip Israel dalam sistem keselamatan bukit aman. Ramai yang nakkan penjelasan tentang isu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 01:01 AM | Show all posts
nape xde org balas??

thread ni dah ade ke??
tekoyong Post at 16-12-2010 23:48



   aku rasa bukan takder org nak komen, tapi bila tgk zul nordin nih auta matik org leh tahu minded dia camna.. dari zaman PKR dulu pun dia selalu kena hantam sama org PKR sampai kena buang.. dan seakrang fakta2 dai cakap lebih merapu yg tak terbalas baik dari PR atau BN.... jadi baca dan gelak jerk laa...

apa yg di cakap oleh zul nordin nih dulu semua penah diceritakan dek asktenuk dalam forum nih, bila balas balik, sampai sudah tenuk trus diam membisu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2010 01:19 AM | Show all posts
mamat auta lebih,dlm dewan jentik humno pun dah tak berani..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 01:31 AM | Show all posts
Aku rasa, ini bukan isu politik. Ini lebih kepada isu keselamatan negara yang di war warkan satu ket ...
tebabo Post at 17-12-2010 00:45



   isu nih juga yg membuatkan anwar digantung dari dewan dalam persidangan lalu atas alasan pecah rahsia kerajaan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2010 01:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by yellowfin at 17-12-2010 01:37

Reply 1# tekoyong


Adalah jelas mereka adalah pembohong dan pemutar belit dalam nisu APCO. Mereka berbohong tentang 16 Sept! Satu dunia tahu tentang pembohongan dan penipuan 16 Sept, tetapi yang pelik mengapa masih ada golongan yang menjadi "summum bukmum umyum faahum - pekak, bisu dan buta" kepada pembohongan dan penipuan yang begitu jelas depan mata kita. Bila melihat gelagat golongan ini, barulah teman faham mengapa Fir'aun ada pengikutnya, Haman ada pengikutnya, Namrud ada pengikutnya, Kamal Attarturk ada pengikutnya. Kerana sudah disuratkan oleh ALLAH akan ada manusia yang akan terus didalam kesesatan, bak kelkatu yang terpukau dengan cahaya yang akan membunuhnya! Maka menjadi tanggungjawab para pejuang dan pendakwah Islam yang sebenar untuk membawa dan membimbing mereka yang sesat ini kepangkal jalan.

Yang baik dan benar itu semuanya daripada ALLAH, dan yang tidak itu adalah daripada kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH terus memberikan nikmat hidayah dan petunjuk serta kepampunan kepada teman dan kita semua.


Aku suka perenggan yg terakhir ni.. jawapan kepada persoalan aku selama ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 08:51 AM | Show all posts
Reply  tekoyong




Aku suka perenggan yg terakhir ni.. jawapan kepada persoalan aku selama ni ...
yellowfin Post at 17-12-2010 01:31


AN pun sama jugak...apa yg diperkarakan oleh zul nordin itu memang benar tak lain hanya benar belaka.

Manusia ini bila hatinya sudah hitam, hatinya sudah benci, hatinya hanya memikirkan politik..maka kebenaran pasti hatinya tertutup rapat..apa yg dia lihat hanya bathil sahaja lah...malah Nik Aziz sendiri tidak terkecuali...buta mata hatinya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 09:12 AM | Show all posts
aku baru tahu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 09:33 AM | Show all posts
mamat auta lebih,dlm dewan jentik humno pun dah tak berani..
gergasi Post at 17-12-2010 01:19



    Takut nanti Ameno jentik teloq dia pulak!
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 02:17 PM | Show all posts
Patut la anwar kena gantung...pasai entik teloq umngokkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 02:29 PM | Show all posts
nape xde org balas??

thread ni dah ade ke??
tekoyong Post at 16-12-2010 23:48



    malehh orang nak layan ..   



hanya Umno sahja maksum untuk tuduh orang lain ..

tapi bila pembela beri bukti bagai2 ..  buleh di tolak pulak .

macam kes lama laa ..  Umno sahaja buleh tuduh bagai2 ..


tapi bila pembela berjaya buktinya contohnya tarikh itu hotel yang dikatakan

masih belo siap ..  makhamamah boleh tolak pulakk .  kata tak relevan bagai2 .

cuma hak Umno sahaja yang relevan .   gitu gak kes tilam ,  yang ada berbagai2 air mani

kununnya shamsidar ,  dan ditambah lagi berpuloh2 pelacur yang disahkan kununnya

berlanggan dengan nuar ..  tapi bila pembela bertanya kenapa semua ada dalam satu tilam ..

dan logik kah pesis nuar tak pernah pakai alas tilam ..   

makhamah tolak pulakk .  jangan tanya kunun ..  tak relevan .

serupa juga bila nuar berjaya buktikan pembabitan UPCO dalam agensi kerajaan .

tak terima pulakk ..  kununnya parlimen berhak tolak segala bukti2 .


jadik ..  tak payah laa lawan2 lagik .

kira Umno dah maksum macam nabi .



Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 02:32 PM | Show all posts
Siakap senohong ikan duri, kuat berbohong berangan nak jadi perdana menteri!<< suka kata2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 02:32 PM | Show all posts
malehh orang nak layan ..     



hanya Umno sahja maksum untuk tuduh oran ...
dess402 Post at 17-12-2010 14:29

harus diingat makhamah, polis, semua dibawh umno, dulu pun raja2 blh disound siap dikurangkan kuasa lagi,,, mmg umno di kebal kuasa dan undang2,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2010 02:34 PM | Show all posts
harus diingat makhamah, polis, semua dibawh umno, dulu pun raja2 blh disound siap dikurangkan kuas ...
AHMADVW Post at 17-12-2010 14:32



    semuanya di jadikkan tali barut dia .

di malaysia mmg sah manusia mudah di beli dengan wang .




Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 02:35 PM | Show all posts
Siakap senohong ikan duri, kuat berbohong berangan nak jadi perdana menteri!
linnnda Post at 17-12-2010 14:32



    melayu takat pandai buat pantun .

itu pasai negara depa sendirik pun dah nak tergadai .

kan .



Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 02:38 PM | Show all posts
77 jota tu buat belik walkie talkie?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 03:20 PM | Show all posts
haha patut la subramaniam di iktiraf smpi leh jadi imam baca hadis oleh lumbu,dia punya anugerah dari tuhan pon tafsir nama boleh belit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.241968 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list