CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

[Selangor] Tak fikir gayat demi cari rezeki

[Copy link]
Post time 20-6-2023 02:32 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Shahrul Najmi menyahut cabaran dengan mencari rezeki sebagai juruteknik tali. FOTO Ihsan pembaca.

Shah Alam: Ketika kebanyakan anak muda lain memilih pekerjaan selesa, Muhammad Shahrul Najmi Osman pula sanggup bergadai nyawa dengan mencari rezeki sebagai juruteknik tali di atas bangunan pencakar langit.

Meskipun terdedah dengan bahaya, Muhammad Shahrul Najmi, 23, sahut cabaran kerana minat dalam pekerjaan yang menuntutnya melakukan cucian serta baik pulih bangunan.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, cita-cita asalnya adalah untuk menjadi anggota bomba kerana kerjaya berkenaan adalah impiannya sejak kecil.

"Bagaimanapun, tiada rezeki saya untuk sarung uniform bomba. Pada satu hari, ada rakan kolej kongsikan ada kerja kosong sebagai juruteknik tali jadi cuba mohon.

"Tak harap sangat pun namun rezeki saya di situ agaknya apabila diterima bekerja. Ikutkan, keluarga tak sokong pada mulanya mungkin kerana mereka bimbang dengan keselamatan saya namun dapat menerimanya selepas tahu ada latihan awal diberikan sebelum mula bekerja," katanya ketika dihubungi Harian Metro.



GAYAT bukan penghalang Muhammad Shahrul Najmi untuk bekerja dengan sebaik mungkin. FOTO Ihsan Muhammad Shahrul Najmi Osman

Berkongsi pengalamannya, Muhammad Shahrul Najmi yang juga graduan Diploma Penyiasatan lulusan Kolej Universiti Polis (UNIKOP) mengakui gayat ketika hari pertama melakukan tugasnya.

Lama kelamaan, dia dapat mengawal ketakutan hingga berjaya tenangkan diri dan fokus dengan kerjanya

"Apabila berada dekat aras tinggi, semua orang akan gayat, takut dan gementar.

"Itu normal bagi saya namun sebagai pekerja, saya ikut prosedur dengan pakai alat pelindung keselamatan serta percaya dengan kekuatan tali.

"Kalau nak cerita mengenai pengalaman mencemaskan memang ada ketika hujan lebat dan angin kuat saya tak sempat nak turun ke bawah.

"Mujurlah dapat berpaut pada paip dan rakan sempat tarik saya ke balkoni bangunan," katanya.

Menurutnya, pekerjaan itu mengajarnya banyak perkara antaranya supaya bijak dan cepat dalam membuat sesuatu keputusan.

Selain itu, kecekapan dan kekuatan fizikal juga penting kerana tiada siapa dapat bantu ketika berada di atas bangunan.

"Kepuasannya pula apabila dapat sempurnakan tugasan diberi daripada awal hingga akhir.

"Tak sangka sebenarnya dapat lakukannya kerana bukan ramai berani dan sanggup namun saya puas hati dengan pulangan diterima malah boleh dapat lebih lagi hingga puluhan ribu jika sudah berada pada tahap profesional.

"Perancangan saya adalah untuk cari peluang kerja luar pesisir dekat luar negara pula bagi menimba pengalaman selain pendapatan lebih tinggi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... at-demi-cari-rezeki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.210715 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list