View: 708|Reply: 3
|
Umur Dah 23 Tapi Nampak Macam Remaja, Tumbesaran Terhenti Selepas Bedah Buang Tumor
[Copy link]
|
|
Brasilia: Sudah berusia 23 tahun, Luiz Augusto Marcio Marques bagaimanapun kelihatan seperti remaja yang baru berusia 13 tahun.
Luiz yang lebih dikenali sebagai Guto di bandar asalnya di Passo Fundo, selatan Brazil awalnya menjalani kehidupan normal sehingga umur tujuh tahun.
Bagaimanapun, memasuki usia tujuh tahunm dia mulai mengalami sakit kepala teruk dan merasai kesakitan itu lebih kerap.
Wajah Luiz Augusto Marcio Marques kekal seperti ketika dia berusia 13 tahun.
Oddity Central melaporkan, tiada seorang pun doktor yang dibawa oleh ibu bapanya dapat mendiagnosis keadaannya dengan betul, pada masa sama sakit kepala dialaminya itu mula menjejaskan aktiviti sekolah dan kehidupan sehariannya.
Ada yang mendakwa bahawa ia hanya virus, manakala yang lain mengatakan bahawa ia adalah keadaan psikologi, atau bahawa dia hanya mengada-adakan cerita kerana malas.
Hanya selepas Guto mengalami sawan, dia dibawa ke hospital bandar di mana punca sebenar sakit kepalanya akhirnya didedahkan.
Guto didiagnosis dengan craniopharyngioma, sejenis tumor otak sangat jarang berlaku yang menjejaskan kira-kira satu dalam sejuta orang.
Doktor memberitahu ibu saudara Guto bahawa mereka perlu membedahnya untuk membuang sebahagian daripada tumor itu, atau dia akan mati dalam beberapa hari.
Namun, pembedahan itu banyak risiko kerana lokasi tumor yang bermakna Guto boleh kehilangan keupayaannya untuk berjalan, bercakap, atau menggerakkan matanya dan pertumbuhannya boleh terjejas.
Akhirnya, keluarganya memutuskan untuk mengambil risiko dan menyelamatkan nyawa budak itu dengan meneruskan pembedahan.
Selepas pembedahan, Guto diletakkan di dalam bilik kaca di mana dia dipantau sepanjang masa kerana doktor ingin melihat sama ada dia akan mengalami sawan atau menunjukkan sebarang gejala luar biasa.
Guto bernasib baik, dia pulih tetapi selepas melakukan beberapa siri ujian, doktor menyampaikan beberapa berita suram.
Semasa pembedahan, kelenjar pituitari Guto terjejas dan dia kemungkinan besar akan berhenti membesar secara normal pada satu ketika.
Ia mungkin dalam tempoh setahun, dua atau tiga tahun, tiada siapa yang dapat memastikan dengan pasti.
Dia berhenti membesar pada usia 12 tahun, dan hari ini, pada usia 23 tahun, dia masih kelihatan lebih muda sekurang-kurangnya 10 tahun.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Jd ..bolehla kita buang kalenjar pituitary kita ni untuk stop menjadi tua...?
Ampon soalan bodo I.... |
|
|
|
|
|
|
|
Wowwww heols just unlocked the fountain of youth mystery |
|
|
|
|
|
|
|
awal sgt cabut kelenjar pituitary tu, sepatitnye cabutla mase umur 25 thn pastu hidupla ko jd 25thn je sepjg hayat br best. |
|
|
|
|
|
|
| |
|