View: 265|Reply: 1
|
Ibu Harris Annuar Jalani Pembedahan Tulang Belakang, Kesan Jangka Panjang Akibat Jatuh
[Copy link]
|
|
Pelakon Harris Annuar berkongsi berita, ibunya, Zaiton Hassan atau Kak Ton terpaksa menjalani pembedahan kedua akibat masalah tulang belakang pada Sabtu lalu.
Harris yang juga seorang personaliti media sosial menjelaskan pembedahan itu dilakukan selepas prosedur sama pada September tahun lalu tidak memberi hasil yang baik dan ibunya masih mengadu mengalami kesakitan.
Susulan itu katanya, pembedahan tersebut perlu dilakukan dan bersyukur semuanya selamat malah ibunya juga sudah dibenarkan pulang ke rumah.
"Sebelum ini dah pernah buat pembedahan tapi tidak berapa berkesan. Jadi pembedahan kedua perlu dilakukan dengan menggunakan khidmat pakar yang lebih baik.
"Sekarang Alhamdulillah ibu saya sudah pun dibenarkan pulang dan sedang berehat di rumah," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Harris memberitahu Zaiton pernah beberapa kali terjauh dan menyebabkan kesan jangka panjang sehingga memberi kesan kepada tulang belakangnya.
Kata Harris, disebabkan perkara itu, tulang belakang ibunya menghimpit saraf yang membuatkan kakinya kerap berasa kebas.
"Ibu saya boleh jalan seperti biasa tetapi tidak boleh berdiri terlalu lama dan masih boleh berniaga dengan buat live di TikTok.
"Cuma pergerakannya agak terbatas dan ia sedikit sebanyak menganggu urusan hari yang lain," katanya.
Sebelum ini, Harris berkongsi keadaan ibunya yang sedang ditolak masuk ke dewan pembedahan namun tidak menjelaskan secara terperinci tentang punca Zaiton dimasukkan ke hopsital.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh dan di permudahkan urusan...
btw gambar 1st macam datin shahida plak muka kak ton... |
|
|
|
|
|
|
| |
|