CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2122|Reply: 30

[Tempatan] Gempar!!! DAH KALI KE-3 'Inspektor Sheila' buat hal lagi...

[Copy link]
Post time 20-6-2023 07:28 AM | Show all posts |Read mode
'Inspektor Sheila' buat hal lagi...


Tangkap layar video tular menunjukkan ‘Inspektor Sheila’ sekali lagi mencetuskan kontroversi mencemuh anggota berpangkat rendah.


KUALA LUMPUR: Wanita tular yang dikenali sebagai 'Inspektor Sheila' sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas satu video memaparkan pegawai polis berusia 30-an itu mencemuh seorang lagi anggota berpangkat lans koperal.

Video berdurasi 40 saat itu mula tular hari ini selepas dimuat naik di media sosial baru-baru ini dipercayai dirakam di Balai Polis Sri Petaling, di sini.

"Nama encik siapa, pangkat apa? Lans koperal, banyaknya lans koperal saya bertemu hari ini.

"In charge siapa, you incharge ke? Minta SM (sarjan mejar) datanglah saya inspektor…lans koperal kan? Pergi panggil SM.

"Jangan lans koperal bagi saya arahan…jangan ingat saya takut…pangkat lagi tinggi bagi arahan…jangan main-main dengan aku," katanya dalam video itu.

Sementara itu, Polis Kuala Lumpur memaklumkan pegawai kanan polis terbabit sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung video tular di parkir sebuah pusat beli-belah di Brickfields baru-baru ini.

Dalam laporan media sebelum ini, polis mengesahkan menerima laporan kejadian pegawai polis wanita yang mencetuskan kekecohan di parkir pusat beli-belah di Brickfields, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sebelum itu pegawai berkenaan menerima kecaman netizen selepas dua klip video masing-masing berdurasi 24 dan 10 saat dimuat naik di media sosial Khamis lalu memaparkan dirinya mencemuh seorang lagi anggota berpangkat lans koperal dalam kejadian sekitar Gombak, Selangor.

Susulan itu, polis Selangor memanggil pegawai wanita terbabit untuk dirakam keterangan berhubung kejadian berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... heila-buat-hal-lagi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2023 07:32 AM | Show all posts
Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)


Seperti mana yang kita tahu, dalam Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mempunyai banyak jawatan atau pangkat.

Setiap pangkat ini mempunyai skop kerja dan tanggung jawab yang berlainan.

Sebagai orang awam, kita perlu maklum akan hal ini memandangkan setiap pangkat polis itu mempunyai skop kerja yang berlainan.

Bagi yang bercita-cita untuk memohon menjadi anggota polis, anda wajib tahu akan pangkat-pangkat ini untuk memudahkan anda menetapkan sasaran dan merancang perjalanan kerjaya anda dalam PDRM.

Skop kerja PDRM
Sebelum itu, mari kita ketahui dahulu apakah skop kerja Polis Di Raja Malaysia secara keseluruhannya yang telah dinyatakan dalam akta.

Seksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-tugas pegawai polis seperti berikut:-


  • menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;
  • memproses risikan keselamatan;
  • menjalankan pendakwaan;
  • memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;
  • memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;
  • melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;
  • mempamerkan maklumat;
  • melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;
  • menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;
  • memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;
  • melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;
  • menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan
  • menjaga ketenteraman didalamnya dan
  • mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis.
  • Seksyen 21 pula ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam.



Senarai tugasan di atas telah diperolehi dari laman web rasmi PDRM namun tugas setiap anggota polis yang lebih spesifik ditentukan oleh pangkat atau jawatan yang disanndanng oleh mereka.

Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
Polis Diraja Malaysia mempunyai 17 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kategori:

Kumpulan Pegawai Kanan Polis: Bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis.
Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.



Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-

1. Pegawai-Pegawai Kanan Polis


  • Inspektor Jeneral Polis (IG)
  • Deputi Inspektor Jeneral Polis (DIG)
  • Komisioner Polis (CP)
  • Deputi Komisioner Polis (DCP)
  • Senior Asisten Komisioner Polis (SAC)
  • Asisten Komisioner Polis (ACP)
  • Superintenden Polis (SUPT.)
  • Deputi Superintenden Polis (DSP)
  • Asistan Superintenden Polis (ASP)
  • Inspektor (INSP)
  • Inspektor Percubaan (P/I)



2. Pegawai Rendah Polis


  • Sub-Inspektor (SI)
  • Sarjan Mejar (SM)
  • Sarjan (SJN)
  • Koperal (KPL)
  • Lans Koperal (L/KPL)
  • Konstabel (KONST)



Sumber:https://ecentral.my/senarai-pangkat-polis-pdrm/

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 07:54 AM | Show all posts
sekor je pun tapi gila kuasa.....macam perangai Jelutong
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:03 AM | Show all posts
belum lagi dibuang tugas ye
nk bersara pilihan tak ckup syarat
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Mn bideonya. Bosan btl la post tp x de video.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni servis dgh 7 tahun yach menurut acik bawang jiran iol. Tp still tk confirm lg sbb byk masalah. Agaknya stress sbb tk kawin2 lg kot ????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2023 08:21 AM | Show all posts
CoffeeOverdose replied at 20-6-2023 12:15 AM
Dia ni servis dgh 7 tahun yach menurut acik bawang jiran iol. Tp still tk confirm lg sbb byk masalah ...

7 tahun in service tapi still tak confirm2 lagi. Nampaknya superior sheols pun tau sheols memang problematic.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:41 AM | Show all posts
Tak kawen lagi.... patutlah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2023 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 20-6-2023 08:21 AM
7 tahun in service tapi still tak confirm2 lagi. Nampaknya superior sheols pun tau sheols memang p ...

Yela tu. Superior dia pun tkt nak bagi dia kerja lama kat pdrm.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang ko tak habis2 buka thread pasal menachi ni gempar abah kau.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:46 AM | Show all posts
buang je lah, toksik
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:55 AM | Show all posts
ermmm,kata polis mesra tapi kalau mcm tu layanan pada org bawah .... kita yg rakyat bawahan xde pangkat ni kalau berlaku kejadian jenayah rasanya dia pandang x
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:55 AM | Show all posts
acik ni ada bipolar kuuuuttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru 27 dah inspector. Kemain berlagak. Poodahhhhchiitttt..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2023 09:13 AM | Show all posts
otai_g replied at 20-6-2023 08:06 AM
Mn bideonya. Bosan btl la post tp x de video.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2023 09:16 AM | Show all posts




polis dulu2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2023 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Maskulin lah sheila ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 09:19 AM | Show all posts
mybe takde alasan kukuh utk diberhentikan

attitude prob kena transfer je la kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Tanya la abah sol, kot² bole selit dlm gerak khas
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 09:34 AM | Show all posts
Raline replied at 20-6-2023 07:32 AM
Senarai Pangkat Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

jangankan polis, mana mana bidang pun ada manusia mcm ini, minta dihormat sbb pangkat & kedudukan...

org sekarang tambah bijak, mereka hormat atas kebolehan menjadi ketua/ disegani/ leadership yg ditunjukkan bos/ ketua mereka sebenarnya bukan pangkat & tahap pelajaran..ingat tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.055351 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list