CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 224|Reply: 2

[Kedah] Pemandu kereta rentung, isteri dan dua anak parah kemalangan

[Copy link]
Post time 19-6-2023 10:06 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu kereta rentung, isteri dan dua anak parah kemalangan


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Jun 19, 2023 @ 9:11pm bhnews@bh.com.my




Kemalangan yang menyebabkan seorang rentung dan dua parah di Jalan Kulim-Baling hari ini. Foto ihsan bomba




KULIM: Seorang pemandu kereta ditemukan rentung, manakala isteri dan dua anaknya parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Kulim -Baling, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, berkata Balai Polis Trafik Kulim menerima maklumat berkaitan kemalangan itu pada jam 2.20 petang tadi.

Beliau berkata, mangsa yang berusia 27 tahun memandu kereta PROTON Iswara yang terbakar dan rentung.

"Isteri mangsa berusia 28 tahun dan dua anak mereka masing-masing berusia tiga dan empat tahun parah, sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Kulim (HK).

"Siasatan awal dilakukan polis mendapati kemalangan itu berlaku apabila kereta dipandu mangsa yang datang dari arah Kulim ke Baling dipercayai terbabas ke laluan bertentangan dan dilanggar kereta jenis Toyota Camry yang datang dari arah Baling ke Kulim.

"Bagaimanapun, pemandu kereta Toyota Camry yang dipandu lelaki berusia 46 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Redzuan berkata, siasatan juga mendapati pemandu kereta Toyota Camry itu memandu dalam keadaan lesen tamat tempoh.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Abdul Rahim Che Omar berkata, kemalangan itu menyebabkan pemandu PROTON Iswara tersepit dan terbakar.

Beliau berkata, anggota bomba yang tiba di tempat kejadian memadam kebakaran kereta terbabit dan mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dengan peralatan khas sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Kita turut memberi bantuan rawatan awal kepada mangsa kemalangan," katanya.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2023 09:59 AM | Show all posts






Kenderaan dinaiki empat beranak terbakar dalam kemalangan di Jalan Kulim-Baling pada Isnin.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2023 06:21 PM | Show all posts
Mangsa rentung dalam kemalangan dikenal pasti


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Jun 20, 2023 @ 6:12pm  bhnews@bh.com.my




Kemalangan yang menyebabkan seorang rentung dan tiga parah di Jalan Kulim-Baling semalam. Foto ihsan bomba




KULIM: Polis mengenal pasti pemandu PROTON Iswara yang maut dan rentung selepas kenderaannya terbakar dalam kemalangan dengan sebuah lagi kereta di Jalan Kulim-Baling di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, berkata mangsa dikenali sebagai Abdul Muslim Abdul Halim, 27, dari Simpang Tiga Keladi di sini.

Beliau berkata, jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamiul Makmur di sini, hari ini, sebaik bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, selesai.

"Isteri mangsa, Umi Kalsom Daud, 28, dan anak perempuan mereka berusia empat tahun serta anak lelaki berusia tiga tahun, yang parah dalam nahas itu, masih dirawat di Hospital Kulim," katanya selepas mengiringi Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh pada sesi dialog dengan jawatankuasa masjid dan kuil dari daerah Kulim di Kulim Golf dan Country Resort, hari ini.

Media semalam melaporkan, dalam kejadian jam 2 petang itu, Abdul Muslim yang memandu kereta itu hilang kawalan sebelum bertembung dengan Toyota Camry yang dalam perjalanan dari arah bertentangan.

Sementara itu, Mohd Redzuan berkata, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.052896 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list