CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis sita 44 motosikal dalam Op Samseng Jalanan

[Copy link]
Post time 19-6-2023 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Polis sita 44 motosikal dalam Op Samseng Jalanan


BERNAMA



GAMBAR hiasan



Batu Kawan: Polis menyita 44 motosikal dan mengeluarkan 128 saman atas pelbagai kesalahan menerusi Op Samseng Jalanan di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Deputi Superintendan Mohd Norazmi Abd Ghapar berkata operasi bermula 6 petang itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dengan kerjasama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

"Operasi dilakukan susulan aduan terdapat geng mat rempit mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan tersebut.

"Semua penunggang motosikal terbabit yang berusia antara 17 hingga 26 tahun dibawa ke IPD SPS untuk dokumentasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau sehubungan itu menasihatkan semua penunggang motosikal supaya tidak berkumpul sehingga boleh menyebabkan berlakunya gangguan terhadap keselamatan pengguna jalan raya lain.



Disiarkan pada: Jun 19, 2023 @ 4:40pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.608014 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list