View: 26981|Reply: 201
|
Macamana Nak Jawab Soalan Ni
[Copy link]
|
|
Seorang anak bertanya kepada emaknya
Anak : Mama, siapa cipta kereta?
Mama : Manusia lah cipta kereta.
Anak : Siapa cipta manusia pulak?
Mama : Tuhan cipta manusia.
Anak : Siapa cipta Tuhan?
Mama : Errr, Tuhan tak da sapa cipta, dia jadi dengan sendiri..
Anak : Kalau Tuhan boleh jadi dengan sendiri, ada kemungkinan manusia pun boleh terjadi dengan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuhan tak terjadi dengan sendirinya. Tuhan wujud selama-lamanya tanpa dijadikan. Macamana tu? Itulah hebatnya Allah SWT tanpa memerlukan ianya dijadikan. Makhluk yang lemah perlu dijadikan, hidup dan mati. |
|
|
|
|
|
|
|
ustaz sy kata boleh jadi gila kalau kita fikir bnda ni.so baik jgn fikir . sama mcm fikir "telor & ayam mana wujud dulu" |
|
|
|
|
|
|
|
Allah tidak ada pemulaan dan akhir, apabila datang lintasan siapa yang jadikan tuhan? kita kena kata amantubillahi wa rasulihi. maksudnya aku beriman kepada Allah dan Rasul. maka syaitan yang membisik akan lari. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh nak belajar bab tauhid, cuma perlu cukup sampai kepada yang fardhunya saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Maksudnya: "Syaitan akan datang pada salah seorang kamu dan berkata: "Siapa yang mencipta ini? siapa yang mencipta ini?" sehinggalah dia akan bertanya "Siapa yg mencipta tuhanmu?" Kalau sudah sampai demikian maka hendaklah minta lindung dengan Allah dan sudahkan." (hadis Bukhari dan Muslim)
Maksudnya: "Sesiapa yang mendapati was was maka hendaklah dia berkata "Aku beriman dgn Allah" pada satu riwayat ada tambahan "dan rasulnya"(Hr Bukhari dan Muslim)
Dari hadith itu sudah jelas..Kalau iman tidak kukuh..Syaitan akan menghasut untuk bertanya seperti itu..Oleh itu mengucaplah dan meminta pelindungan Allah dari hasutan syaitan..
Kalau nak jawab soalan tu..Sedarkan kanak-kanak tu..Bahawa syaitan yang hasut dia berfikir macam tu dan suruh dia mengucap dan minta pelindungan Allah dari gangguan syaitan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jika Allah tiada awal dan tiada akhir. Ini bermakna teori fizik yang mengatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnahkan adalah tepat. Jadi segala unsur yang terjadi di alam ni hanyalah hasil daripada perubahan tenaga sahaja. Dan semuanya berasal dari Allah dan akan kembali kepada Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# pandaniw
anda pastikah?? jadi ayam tu datang dari mana ? bukan dari telor ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# m0g
ustaz awak kekampungan
ustaz saya kat sekolah pun camtu
larang student fikir atau tanya banyak soalan
berkaitan tuhan
dia kata nanti isim kalau taksub
nanti lari akidah
padahal dia xtahu nk jawab canne
tuhan memang xdiciptakan
tetapi jika tanya soalan
makhluk ciptaan tuhan
pasti ada mechanism |
|
|
|
|
|
|
|
Anak : Siapa cipta Tuhan?
Mama : Errr, Tuhan tak da sapa cipta, dia jadi dengan sendiri..
Ko Jawab Cenggini Ke kat anak ko? Atau nak PROVOKE? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply pandaniw
anda pastikah?? jadi ayam tu datang dari mana ? bukan dari telor ?
m0g Post at 18-12-2010 12:06
pasti tu idak ler, tp sy picaya, subjeknya, 'ayam' atau haiwan 'bertelur' lain, akan dicipta dulu sebelum
diikuti oleh 'brg'2 sekunder lain. Tak dgr plak dlm Qisoshul Anbiya', nabi Nuh punggah semua telur haiwan
yg bertelur masuk dlm kapal dia...Kalau nabi Nuh AS dan para pengikutnya terpijak telur masa huru-hara tu,
naya aje tak berbaka lah binatang2 bertelur tersebut...Dipercayai fasa kedua keturunan manusia juga berada
pada pasca ini selepas semuanya musnah dan menghancurkan keturunan fasa kehidupan yang pertama, selepas Adam AS.
Taakulan sy juga selari dgn kajian yang dilakukan oleh seorg penyelidikBritish, Dr.Colin Freeman dari Universiti Sheffield yang mendapatkerjasama dari Universiti Warwick, UK . Mereka telah membuateksperimen, dan mendapati, formasi untuk membentuk TELUR hanya akanterjadi sekiranya PROTEIN diperolehi dan protein khas tersebut, hanya terdapat dalam OvariAYAM!
PROTEIN ini digelar OVOCLEDIDIN-17 (OC-17) yang bertindak untuk mempercepatkan lagi ketumbesaran TELUR-telur mereka.
Menurut saintis ini lagi, mereka telah cuba menggunakan sebuah Super Komputer, yang diberi nama HECTOR yang terletak di EDINBURGH untuk mengkaji formasi secara mendalam mengenai TELUR.
OC-17 ini merupakan elemen terpenting dalam pembentukan kulit TELUR.Fungsi PROTEIN yang terdapat pada Ovari AYAM ini pula akan menukarkan"Calcium Carbonate" kepada "Calcite Crystals" dalam pembentukan kulitTELUR dan dalam 24 jam 6 gram kulit TELUR terbentuk. Kalau tiada protein ovari dlm perut ayam ini, macam mana telur akan terhasil dan boleh membentuk? Sama jualah dgn haiwan bertelur lain...
Tetapi kalau Allah SWT nak cipta secara sebaliknya, hukum itu HARUS bagi-Nya,sbb memang segala makhluk di alam ini pun Dia yg bikin. Namun, secarasaintifiknya, ADA jawapan setiap persoalan keduniaan bagi yg mahumengkaji dan mereka yg mengunakan aqal fikiran...
Yg tiada jwpnnya, hanyalah perkara2 ghaib yg tak terjangkau dekpemikiran terhad manusia, spt Allah SWT sendiri, para malaikat, alamqubur (barzakh), alam akhirat serta syurga mahu pun neraka ... . |
|
|
|
|
|
|
|
haha, ayam telur tuh kalu nk banding dgn penciptaan manusia, zigot dolu ka atau adam-hawa dolu dicipta...mustilah adam-hawa dolu...tak dak pong allah jadikan sperma n ovum dolu baru jd adam hawa |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang anak bertanya kepada emaknya
Anak : Mama, siapa cipta kereta?
Mama : Manusia lah cipta ...
Emoloser Post at 16-12-2010 15:31
Mcmana nak jawab? Kena ajar anak2 Sifat2 Allah (Attributes of Allah) dulu, dah kenal, barulah dtg ilmu. Barulah tau kenapa Allah diberi gelaran The Almighty. Tapi klu diri sendiri pun tak belajar Allah's Attributes, camne nak ajar anak... |
|
|
|
|
|
|
|
haha, ayam telur tuh kalu nk banding dgn penciptaan manusia, zigot dolu ka atau adam-hawa dolu dicip ...
7anan Post at 18-12-2010 19:12
betol2.....ayam la peram telor, supaya telor tu menetas.. klau x, camne telor tu nak menetas.
camtu gak manusia, mak ayh yg jaga mase baby...klau x, sape nak jaga...
balik pada soalan TT.
blajar sifat 20, akn tau bab tu.....
klau xfhm, tanye pd yg fhm...
tnye pd ahli..... |
|
|
|
|
|
|
|
Anak : Siapa cipta Tuhan?
Mama : Errr, Tuhan tak da sapa cipta, dia jadi dengan sendiri..
...
adorable10 Post at 18-12-2010 18:28
Jawapan mak tu sendiri pada awalnya dah salah, lagi la anak yang bertanya tu bertambah salah. Allah jadi dengan sendiri? Allah bersifat tiada permulaan dan tiada akhir, macamana si mak boleh kata jadi dengan sendiri? Bukan ke si mak tu yang bagi idea bahawa Allah ada permulaan dengan jadi sendiri!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Tohan cipta manusia?
Tak penah tengok laa..
Kalo manusia buat anak/manusia tu ade la.. Penah tengok..
Kalo manusia cipta kereta tu pon selalu tengok..
Kat kilang Proton nuuu..
{:2_75:} |
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu jawab soalan ini....mr_beruk dan anaknya tak perlu tahu...org beriman sahaja yang tau...kerana orang beriman tidak was -was dgn kewujudan Allah S.W.T |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ussopp at 21-12-2010 14:04
siapa yg pandai2 nak samakan Tuhan dengan makhluk nie?
TENTULAH TUHAN TAK DICIPTAKAN KERANA YANG DICIPTAKAN ITU TAK LAYAK DIPANGGIL TUHAN.
ANAK ITU GUNA COMMON SENSE UTK MANUSIA/makhluk. mana buleh samakan dgn Tuhan.
kalau nak guna common sense makhluk pd Tuhan, maka buat apa ada Tuhan yg lemah camtu.yang perlu dicipta-ciptakan pula. |
|
|
|
|
|
|
|
siapa yg pandai2 nak samakan Tuhan dengan makhluk nie?
TENTULAH TUHAN TAK DICIPTAKAN KERANA YANG ...
ussopp Post at 21-12-2010 13:40
Aku rasa juga cerita ni rekaan saja, macam nak uji minda la tu. tapi kalau kita perhati bebetul, jalan cerita nya sendiri dah tak betul, pastu nak suruh kita tolong jawab. |
|
|
|
|
|
|
| |
|