CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1496|Reply: 21

Kaka Azraff Timang Hero Ketiga, Sempat Makan Durian Walau Tengah Tahan Sakit Kontraksi

[Copy link]
Post time 19-6-2023 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Kaka Azraff selamat melahirkan cahaya mata ketiga secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara, Selangor pada pukul 6.03 pagi, Isnin.


Kaka bersyukur kerana proses kelahiran berjalan lancar dan memaklumkan bayi lelaki seberat 2.75 kilogram itu berada dalam keadaan sihat.


Foto: IG




"Alhamdulillah, Subuh tadi (Isnin) saya selamat melahirkan anak ketiga secara normal pada pukul 6.03 pagi.


"Syukur semuanya selamat, bayi dan saya juga berada dalam keadaan sihat cuma saya berasa sedikit letih selepas melahirkan," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Kaka memberitahu tiga hari sebelum kelahiran dia sudah mengalami kontraksi namun masih bertahan dan melakukan aktiviti harian seperti biasa.




  



Bagaimanapun pada awal pagi Ahad, dia bergegas ke hospital selepas tidak lagi dapat menahan sakit.


"Sebenarnya saya sudah merasa sakit kontraksi ini selama tiga hari tetapi saya layankan saja. Saya sempat pergi keluar makan durian lagi.


"Tapi pada pukul 12 tengah malam tadi saya terus ke hospital kerana sudah tidak dapat menahan sakit," ujarnya.


  



Mengulas lanjut tentang kelahiran anak lelaki lagi, Kaka memberitahu sejak kehilangan bapa pada usia 10 tahun, dia tidak dikelilingi ramai lelaki.


Penyanyi lagu Gila ini tetap bersyukur dan menganggap ia sebagai satu anugerah dan amanah untuk dijaga dengan baik.


  



"Saya rasa bersyukur sangat macam tak sangka kerana saya telah kehilangan ayah sejak umur 10 tahun.


"Saya tidak banyak dikelilingi lelaki sewaktu membesar. Jadi bila dah berkahwin, dapat pula tiga anak lelaki, saya rasa ini seperti anugerah Allah untuk saya.


"InsyaAllah merekalah yang akan menjaga saya tapi buat masa sekarang ini, mereka adalah amanah untuk saya jaga dan besarkan anak-anak untuk menjadi lelaki yang soleh dan berguna kepada masyarakat," katanya.


  



Untuk rekod, Kaka mendirikan rumah tangga dengan Adam Adzriff pada 14 Disember 2018.


Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aslan, 4, dan Aryan yang kini berusia setahun. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2023 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan baru lagi beranak yg 2nd tu ke?
Rapat betul anak2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tau2 dh 3 org
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 12:39 PM | Show all posts
tahniah... btw somi dia tu adik beradik shiera ijoy kah?

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik rambut anak² dia... Ikut jen bapanya betul...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols sangat baik, friendly yach!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertuah dia ada ramai anak lelaki, jadi kesayangan la dia. Anak2 lelaki akan ada utk melindungi dia nnt
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya 10tahun dah takde ayah, mesti suka anak ramai ni tu rajin beranak, tahniah kaka, selamat berpantang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2023 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama hospital dgn jue Evans kah
Jue Evans iols nampak kelmarin check in masa iols ada appt situ .
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 02:22 PM | Show all posts
nazzse replied at 19-6-2023 12:37 PM
Bukan baru lagi beranak yg 2nd tu ke?
Rapat betul anak2 dia

Ank 1st dia lahir hari yg sama n kebetulan pun nama sama dgn ank I yg last..

die dh ade adik2 lg 2 org..salutela..
yg ank I still bputing pkai pampers..yelah dia special kids xsama dgn org lain


Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 02:54 PM | Show all posts
muka laki dia mcm muka dik aiman tino versi rambut alleycat
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 04:41 PM | Show all posts
muda2 ni beranak lah ... badan masih kuat
lepas tu stop... tunggu anak besar

jangan beranak satu ...stop 5 tahun ...beranak lagi

penat nak memulakan melayan budak kecik
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
misz_sanggul replied at 19-6-2023 02:22 PM
Ank 1st dia lahir hari yg sama n kebetulan pun nama sama dgn ank I yg last..

die dh ade adik2 lg  ...

Ank dia yg no 2 selang seminggu dr ank no 5 i.. tp i ni bongsu dh..ank u tu bongsu ke bakal nk bg adik hihi
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 19-6-2023 02:17 PM
Sama hospital dgn jue Evans kah
Jue Evans iols nampak kelmarin check in masa iols ada appt situ .

JE KPJ kn? Kaka ni i rasa thomson ad tgk igs husband dia, dia pakai baju hosp colour purple
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki dia anak orka kah? Dlu ada gosip kan dia caras bf kawan dia? Geng2 jue evans
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
telracs replied at 19-6-2023 12:39 PM
Cantik rambut anak² dia... Ikut jen bapanya betul...

Kaka pun rambut keriting jgk kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
QueenIsolde replied at 19-6-2023 09:37 AM
Kaka pun rambut keriting jgk kan

Oh ya ke..
Dalam pic² atas tu nampak rambut dia lurus...
Rebonding kah?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan orang kata jangan makan durian nak due ke? Nanti busuk satu labor room.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Missjass replied at 19-6-2023 05:19 PM
JE KPJ kn? Kaka ni i rasa thomson ad tgk igs husband dia, dia pakai baju hosp colour purple

Ooo kaka ni Thomson ek..

Haah jue kpj..Comey je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2023 08:54 AM | Show all posts
tahniah la ya keja ko beranak jee
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.117253 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list