CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2704|Reply: 22

Harris Annuar Kecewa Netizen Serang Ibu, Keluarga Tak Pernah Sokong Nadia Annuar Tanggal Tudung

[Copy link]
Post time 18-6-2023 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan personaliti media sosial, Harris Annuar menjelaskan dia dan keluarga tidak pernah bersetuju dengan tindakan kakaknya, Nadia Annuar melepaskan tudung.


Pemilik nama sebenar, Mohammad Harris Shahrul Annuar, 30, berkata, dia sudah pun menasihati kakaknya susulan keputusannya untuk membuka hijab.






"Ketika Nadia mengambil keputusan membuka hijab dia ada memberitahu kami sekeluarga dan memang tidak bersetuju dengan tindakannya itu.


"Sekurang-kurangnya kami sudah terlepas daripada dosa kerana sudah pun menasihatinya," katanya kepada mStar.


Harris berkata, sebagai adik dia tidak boleh memaksa Nadia kerana percaya tindakan yang diambil pasti disertakan alasan tersendiri.


"Apabila Nadia memberitahu niatnya untuk membuka hijab, reaksi kami sekeluarga tidak marah tetapi kami membantah tindakannya itu.


"Daripada pihak keluarga saya sebenarnya semua tidak bersetuju tapi terpulang pada diri dia sendiri. Mungkin dia ada alasannya tersendiri. Saya pun tak tahu," ujarnya.


Ditanya adakah tindakan Nadia membuka hijab memberikan kesan buatnya lebih-lebih lagi dia sering mengikuti jemaah tabligh, aktor berkenaan menjelaskan perkara ini langsung tidak mempengaruhi kehidupan sehariannya.






"Bagi saya, ia tidak mendatangkan masalah kerana macam saya katakan, bila saya beritahu yang saya tidak bersetuju dengan keputusannya itu, saya sudah terlepas daripada dosa.


"Mungkin Allah nak tunjukkan dia perkara yang lebih baik. Walaupun saya pergi tabligh, tetapi ia tidak memberi kesan.


"Kalau ikutkan tujuan tabligh sebenarnya adalah untuk mendekatkan orang dengan Allah. Kalau kita jauhkan dia dari Allah dan tidak menegurnya, jadi masalah juga nanti,” jelasnya.


Harris bagaimanapun terkilan apabila ibunya yang merupakan usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau Kak Ton menjadi sasaran kritikan netizen.


Kata Harris, dia tidak kisah dengan apa dikatakan netizen namun hatinya gusar mengenangkan ibunya yang terpalit dengan keputusan dibuat Nadia.


"Untuk diri saya memang tidak terkena apa-apa tempiasnya kerana saya jenis masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.


"Tapi mungkin mummy terasa sikitlah sebab mummy pun meniaga buat live lagi di media sosial. Sedikit sebanyak dia terkesan dengan kata-kata netizen.


"Lagi pun, hati seorang ibu. Mestilah dia sedih bila melihat anaknya yang dulu berhijab tiba-tiba nak buka hijab semula," katanya.






Pada Mei lalu, nadia membuat kejutan apabila memuat naik foto tanpa mengenakan hijab sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39 tahun.


Nadia bagaimanapun mengakui kesilapan yang dilakukan dan memohon agar diberikan ruang serta masa buat dirinya.


Pengacara itu juga memohon maaf sekiranya tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang peminat dan netizen.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2023 04:11 PM | Show all posts
netizen non liberal bidaah memang begitu... konon bukan liberal dan terpaling islam nak menegur pasal orang tak bertudung hujung2 sampai mak orang tu pun di serangnya walaupun takde kena mengena...

nabi pun tak buat begitu sebab itu iols panggil pakcik makcik tu ahlil bidaah... sebab mengikut contoh yang tak pernah datang dari rasulullah sendiri... tapi di teruskan juga benda bidaah tu sebab ada dalil2 yang deorang boleh petik untuk selamatkan diri dan halalkan perbuatan deorang...

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Camana muka kak ton leh sama ngan mak alepsokri?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak. Sekarang ni si nadia tu budak kecik ke yang netizen pun gigih nak serang mak dia? Dosa pahala si nadia tu dah boleh tanggung sendiri la. Dia pun reti pikir sendiri, tau mana dosa pahala. Yang nak libatkan mak bapak tok nenek dia tu dah kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Netizen & dosah retis berpisah teda.
Get.a.life.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
lah pompuan tu dah tua bangka 40thn dah, takkan nak kene tny mak, kaum kerabat die lagi knape die free hair...nitizen puaka sila jage family masing2 sudah, ini x terpaling nak menegur org yg ko x kenal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2023 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kannnnnnn. Bough dough bertingkat2 yg netizen ni pun. Dia ada lakikan?.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 18-6-2023 04:36 PM
Camana muka kak ton leh sama ngan mak alepsokri?

Doktor sama kut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2023 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nadia ada iras mcm kakya.


Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang lain yang bukak tudung ko yang panas bontot kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
tikusmontok replied at 18-6-2023 04:36 PM
Camana muka kak ton leh sama ngan mak alepsokri?

I tengok macam muka tin shit... Tin shit kalau da tua sok gini la muka dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bru 39 tahun ke?ingatkan dah 40an
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa je x pakai tudung
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiceh mcmla sblm ni dia proper sgt dlm bertudung...sekadar tutup rambut je dik... lain2 terbuka juga...so xpyh nak over explained bagaila..sm juga dgn netizen ngok ngek..2 kali 5..5 kali 10.. msg2 sama jer perangai...terpaling..tmskla den... kehkehkeh

Cuma yg melebih nak marah org tua buat apa? Bknnya anak perempuan dia tu kanak2.. dah tua bangka dah mula kerepot dr dlm dah... pandai dialah tentu hidup die..sbb die yg tanggung hal akibat perbuatan die...sbb tu den kata..semua ngok ngek ngek ngok..tmsk den... kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
dah nak masuk 50 an dah dia pon
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2023 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia bertudung sblm ni pun Sama mcm retis lain gak bab ketek terjojol gak..takat tudung tutup rambut je..ramai je retis2 lain pakai tudung pakaian lekat melekap kat bdn..tp Nadia ni lawa x pakai tudung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2023 08:13 AM | Show all posts
           
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiols don't think adik dia perlu justify tindakan kakak dia nak explain panjang lebar ke netizens. Hwat for? HWAT FOR?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 08:31 AM | Show all posts
Bingainya netizen. Nadia tu dah tua bangka kot. Kot ye pun nak serang, serang sheols sorang cukup la. Jadah apa nak serang Kak Ton tu. Bukannya Kak Ton yang bukak tudung.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2023 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Netizen & menjaga dosa aurat bepisah teda
Mesti netizen pempuan, bini/mak/adik beradik pempuan netizen semua menutup aurat menepati syarie
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.061764 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list